Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam ditahan selepas disyaki terlibat pemerasan ke atas seorang pemandu lori perdagangan ketika melakukan sekatan jalan raya, awal bulan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ketiga-tiga koperal berumur antara 32 dan 39 tahun itu ditahan pada 4 Jun selepas polis menerima laporan yang dibuat pemandu lori tersebut.
"Ketiga-tiga mereka kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Ayob Khan berkata ketiga-tiga anggota lelaki terbabit didakwa melakukan pemerasan ketika memeriksa lori perdagangan itu yang membawa muatan berlebihan dan kemudian meminta wang sebanyak RM4,000 daripada pemandu.
Beliau berkata polis Johor tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai atau anggota polis yang terlibat atau bersekongkol dalam aktiviti jenayah atau rasuah, dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang atau diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.
"Kebiasaannya mungkin kita (polis) hanya menyerahkan (kes sebegini) kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk siasatan tetapi saya minta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor untuk membuka kertas siasatan atas kesalahan pemerasan. Saya mahu mereka dituduh di mahkamah kalau mempunyai cukup bukti, tiada lagi siasatan dalaman," katanya.
Sementara itu, Ayob Khan berkata pihaknya menahan 60 individu berumur antara 15 dan 26 tahun menerusi Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di negeri tersebut dalam tempoh 1 hingga 30 Jun lepas.
Beliau berkata Johor Bahru dan Batu Pahat dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan samseng jalanan atau 'mat rempit' di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 05 2020

Ayob Khan berkata ketiga-tiga koperal itu ditahan pada 4 Jun selepas polis menerima laporan dibuat pemandu lori tersebut. - Bernama
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Banjir: Lebih 4,000 anggota polis sedia hadapi kemungkinan banjir di Johor
Jumlah itu melibatkan 415 pegawai dan 3,894 anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negeri.

Sindiket judi dalam talian kaut RM10,000 sehari tumpas
Satu sindiket pusat perjudian dalam talian yang beroperasi 24 jam tumpas dengan penahanan lima lelaki warga Indonesia.

Ranjau Ayob Khan: Menegak integriti dalam pahit persepsi
Sekian lama memimpin pasukan anti-terorisme di ibu pejabat pusat, Datuk Ayob Khan diberi tugas baharu untuk mengemudi kontinjen Johor. Apa ekspektasi dan perancangannya?

Pegawai polis IPD Iskandar Puteri positif COVID-19, 111 kontak dikuarantin
Susulan itu, seramai 111 kontak rapat pegawai terbabit diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 30 November lalu.

Polis tahan tiga anggota trafik disyaki terlibat pemerasan
Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ditahan selepas disyaki terlibat pemerasan.

Police hunt man for smuggling drugs into Singapore using drone
Police are tracking down a Singaporean man known as Boy Setan who is the prime suspect for smuggling drugs into the republic using a drone.

Terbalik jadinya, agungkan 'mat rempit', salahkan polis pula - Ayob Khan
Polis Johor meminta agar masyarakat tidak mengagungkan mat rempit sehingga menyalahkan polis yang bertugas membanteras kegiatan lumba haram di negeri itu.

Jangan buang masa mohon rentas negeri untuk balik Raya - Polis Johor
Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang masa memohon perjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.

Kegiatan militan Daish kini beralih ke selatan Filipina
Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daish kini didapati beralih ke selatan Filipina berikutan kawalan ketat pihak berkuasa pelbagai negara terhadap sebarang pergerakan ke Syria.

Tiga rakyat Malaysia sertai Daish terbunuh di Syria
Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria, adalah antara tiga rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Syria.