KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan seorang wanita warga Rohingya dan dua anak perempuannya dipercayai terlibat kes pecah rumah di sekitar daerah Kemaman.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun itu ditahan 7.05 malam Isnin lepas, ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa, di Kampung Binjai, Kemaman.
Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah termasuk perhiasan emas, beg, wang tunai, jam tangan dan dua bilah senjata tajam dalam bonet kereta itu.
"Ujian air kencing mendapati suspek utama wanita yang berusia 33 tahun positif dadah jenis Methamphetamine manakala dua anaknya yang di bawah umur, negatif.
"Siasatan awal juga mendapati suspek utama memiliki tiga rekod jenayah lampau dan dalam senarai orang dikehendaki polis berkait kes pecah rumah di Johor," katanya pada sidang media di sini.
Mazli berkata, modus operandi mereka ialah memecah masuk pada waktu siang ketika pemilik rumah keluar bekerja, selain menggunakan nombor plat kenderaan palsu dan menukar nombor itu setiap kali melakukan jenayah bagi mengelak dijejak.
"Suspek juga menyasarkan warga emas yang tinggal bersendirian. Suspek bawah umur akan mengumpan mangsa untuk keluar berbual-bual manakala rakan jenayahnya akan masuk ke rumah untuk menggeledah serta mencuri barangan berharga," katanya.
Menurut Mazli, pihaknya percaya ketiga-tiga mereka adalah anggota sebuah sindiket yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ketua serta anggota sindiket yang lain.
Setakat ini, katanya, anak-beranak itu mengaku bertanggungjawab terhadap lima kes pecah rumah di sekitar Kemaman dan Johor.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua atau seterusnya," katanya yang juga sedang menyiasat sama ada suspek memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)
Berhubung kes pengibaran bendera Israel oleh seorang peniaga di Bukit Payong di Marang minggu lepas, Mazli berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan yang akan diserahkan ke Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Terengganu untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963; Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana melakukan perbuatan dengan niat mengganggu keamanan serta Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.
"Siasatan juga mendapati suspek memiliki lima rekod lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Mazli (tengah) menunjukkan senjata tajam yang dirampas dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah pecah rumah membabitkan tiga warga Rohingya. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita sehingga parah
Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mayat ketiga dipercayai mangsa kelar ditemui di Pantai Leman
Polis menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan kelar.
Penduduk kampung mohon bantuan usir warga Rohingya
Penduduk terpaksa mengambil tindakan itu kerana kawasan persekitaran tempat tinggal mereka itu agak kotor dengan dipenuhi sampah sarap.
Polis tahan tiga beranak warga Rohingya terlibat pecah rumah
Wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.
Angkara cemburu, lelaki ditikam lebih 40 kali
Polis Kelantan mendedahkan punca kematian seorang lelaki etnik Rohingya di Kampung Melor Lama di sini pada Selasa adalah angkara cemburu.
Ditahan memandu tanpa lesen, lelaki Rohingya cuba sogok polis
Suspek hadir ke balai itu bertanyakan tentang adiknya yang ditangkap oleh pihak polis pada jam 6.40 petang hari sama.
Warga Rohingya didakwa amang seksual, rogol kanak-kanak
Mahkamah menetapkan tertuduh tidak boleh diikat jamin serta kes akan disebut semula pada 2 September.
Kanak-kanak dan remaja lelaki Rohingya lemas di Sungai Tebrau
Seorang kanak-kanak dan seorang remaja Rohingya ditemukan lemas ketika sedang mandi sungai di Sungai Tebrau.
72 tahanan Rohingya masih diburu - Polis
Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.