IPOH: Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden rompakan bersenjata sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap seorang pembekal sayur di Parit Buntar baru-baru ini, telah ditahan pihak polis pada Ahad.
Kesemua suspek berusia 47 hingga 63 tahun itu ditahan ketika pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sedang membuat rondaan di sekitar Parit Buntar kira-kira jam 4 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata penahanan itu dibuat selepas terlihat sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pihak polis menahan kereta terbabit selepas mendapati terdapat tiga lelaki bersenjatakan pedang dan parang, memasuki kereta berkenaan.
“Suspek yang terkejut ketika itu telah bertindak melibas pedang ke arah pasukan polis dan cuba melarikan diri dengan memandu dan melanggar pihak polis yang sedang berada di hadapan kereta.
“Dalam usaha untuk mempertahankan diri dan untuk memberhentikan kereta terbabit, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi memberhentikan kenderaan suspek.
“Tiga suspek berjaya diberkas, manakala seorang lagi telah berjaya melarikan diri. Pihak polis telah berjaya mengenal pasti identiti suspek yang melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Mohd Yusri, hasil soal siasat terhadap tiga suspek mendapati mereka telah melakukan aktiviti rompakan berkenaan dengan modus operandinya sama sebanyak 11 kes sebelum ini.
“Kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod dadah dan jenayah lampau. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan morfin,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, identiti suspek yang melarikan diri dikenali sebagai P. Manimaran.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek, diminta untuk tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulhilmi Dahon di talian 013-2604403 atau balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 38 Akta Senjata Api 1960.
Amirrul Rabbani
Mon Nov 28 2022

Menurut polis, identiti suspek yang melarikan diri dikenali sebagai P. Manimaran. - Foto Sinar Harian
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.

Wanita dalang geng penyamun dicekup polis
Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi dalang rompakan bersenjata terhadap seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Indah Jaya, bulan lepas.

Dua beradik mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan, bersenjata
Ahmad Fazrin dan Mohamad Hafiz membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim.

Selat Singapura tumpuan lanun
Menurut laporan ReCAAP, sekurang-kurangnya 38 kes rompakan bersenjata dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.

Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan.

Polis tahan tiga lelaki syaki terlibat rompakan bersenjata di Parit Buntar
Kesemua suspek ditahan ketika pihak polis dari IPD Kerian sedang membuat rondaan di sekitar Parit Buntar kira-kira jam 4 pagi.

Sisi gelap Sentul semakin pudar, terima kasih polis
Polis Sentul catat banyak pencapaian membanggakan selama ini dalam usahanya untuk mengubah imej daerah itu yang pada satu ketika dahulu terkenal dengan kegiatan jenayah dan gengsterisme.

Bank lesap RM130,000 dalam 5 minit
Sebuah bank di Glenmarie, Shah Alam rugi RM130,000 selepas dirompak seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol automatik.

Penyokong Trump mengaku bersalah bom masjid
Kumpulannya mengebom Pusat Islam Dar Al-Farooq pada Ogos 2017 sebagai mesej anda tidak dialu-alukan di sini.