Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya yang ditahan Jumaat kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan negara di Pulau Sebatik, Tawau.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan anggota polis dan tentera Indonesia itu menyalahi undang-undang kerana memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.
"Walaupun tujuan mereka adalah bagi mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac lalu, namun cara yang digunakan mereka adalah kurang tepat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Lembayung Hidayah Saudara Baharu Zon Sabah di sini Sabtu.
Noor Rashid berkata PDRM akan menyiapkan segera laporan siasatan dengan melihat daripada semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia serta pandangan Timbalan Pendakwa Raya.
Kesemua anggota polis dan tentera termasuk tiga orang awam warga Indonesia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, katanya.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Senjata Api 1960.
Bernama
Sat Mar 14 2015
NOOR RASHID: PDRM akan menyiapkan laporan siasatan dengan menilai semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. -Gambar fail
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
Parkir tidak teratur halang kenderaan penyelamat
Ada pemilik kenderaaan yang tidak memikirkan keselamatan awam lain dan menghalang kenderaan anggota penyelamat.
Tindakan meroboh kuil cetus pertempuran
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.
Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.
Keamanan negara tarik minat syarikat besar melabur - PM Anwar
Tugas anggota keselamatan dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara banyak menyumbang kepada minat syarikat besar luar negara untuk melabur di Malaysia.
320 anggota keselamatan Sudan, 20,000 pelarian lari ke Chad
Kira-kira 320 anggota keselamatan Sudan meninggalkan medan pertempuran dan menyeberangi sempadan untuk menyerah diri kepada tentera Chad.
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Lima maut nahas helikopter
Lima anggota keselamatan maut dalam nahas helikopter di Aguascalientes, Mexico pada Khamis.
200 hektar hutan terbakar di Jerman
Kira-kira 500 anggota keselamatan di seluruh Brandenburg dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.