Anggota pasukan keselamatan iaitu polis dan tentera diarahkan untuk mengawal sempadan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia bagi menyekat penularan wabak anjing gila atau rabies.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata biarpun setakat ini punca penularan virus tersebut belum dapat dipastikan, langkah pencegahan perlu diambil.
"Saya dah baca laporan itu, bagi pihak kerajaan Sarawak kami pantau dari mana punca penularan virus berkenaan, sebab itu kami arahkan polis dengan tentera kawal pintu masuk kita (Sarawak) dengan Kalimantan kerana ada kemungkinan merebak dari sana," katanya kepada pemberita ketika meninjau proses vaksinasi anjing dan kucing di Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dekat sini pada Rabu.
Turut hadir Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim.
Uggah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang tidak menolak kemungkinan penularan virus rabies yang menjangkiti tiga kanak-kanak di Serian, Sarawak dipercayai berpunca dari Kalimantan, Indonesia.
Ketika diminta mengulas mengenai proses vaksinasi itu, Uggah berkata Sarawak mendapat nasihat dari peringkat persekutuan serta menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama ketika mengawal penularan wabak sama di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang beberapa tahun lepas.
"Kami harap dengan langkah yang mantap ini, dengan tindakan cepat yang diambil oleh semua agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan serta NGO wabak ini dapat dikawal dengan seberapa yang boleh.
"Dengan nasihat daripada peringkat persekutuan serta pengalaman mereka atas masalah ini di Semenanjung beberapa tahun lepas di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kami yakin SOP yang dipakai dan diadaptasi di sini dapat menyekat wabak ini," katanya sambil menambah 6,000 vaksin untuk anjing dan kucing juga telah tiba.
Pada Selasa, kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.
Kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.
Sementara itu, Dr Annuar berkata sebanyak 68 kes gigitan anjing dilaporkan oleh penduduk di lima buah kampung tersebut bagi tempoh 1 April hingga 1 Julai.
Katanya bagaimanapun bagi tempoh selepas 1 Julai, tiada sebarang laporan mengenai penduduk kampung digigit telah diterima.
"Kes-kes baharu selepas 1 Julai tidak ada, tetapi sebelum itu bermula 1 April ada 68 kes. Penduduk yang terlibat telah menerima vaksin, dan mereka perlu dapatkan vaksin sebanyak empat kali.
"Jadi saya minta masyarakat di sekeliling lima kampung itu, sesiapa ada sejarah terkena gigitan datang ke hospital untuk dapatkan vaksin," katanya sambil menambah pihaknya mendapat nasihat pakar 'infection disease' dari Semenanjung yang telah berada di negeri ini sejak beberapa hari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017

Pada Selasa, kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).

Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.

Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.

Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.

NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.

NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.

SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.