KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menyita tujuh lot tanah di beberapa lokasi di negeri ini termasuk yang menempatkan 10 unit chalet bernilai RM4.3 juta, disyaki diperoleh daripada pendapatan kegiatan mengedar dadah.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata kejayaan itu susulan penangkapan dua suspek pengedar melibatkan rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat 541.18 gram dan syabu seberat 46.7 gram pada 9 Dis 2020.
"Satu siasatan kewangan telah dijalankan ke atas kedua-dua suspek oleh Bahagian Perlucuthakan Harta Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, yang pada permulaan kes ini tiada sitaan dibuat.
"Siasatan lanjut melalui penjejakan harta (asset tracing) melalui bank dan institusi kewangan telah berjaya menemukan pemilikan tujuh harta tak alih oleh suspek yang diperoleh secara pembelian yang meragukan," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Katanya salah satu lot tanah yang disita ialah di Batu Rakit di Kuala Nerus dengan keluasan 9,105 meter persegi termasuk 10 buah chalet yang dibina di atas tanah berkenaan dengan anggaran nilai RM900,000.
Rohaimi berkata turut disita, beberapa lot tanah termasuk di Kemaman, Dungun dan Marang.
Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan harta berkenaan adalah yang terbesar melibatkan pengedar dadah di negeri itu.
"Polis Kontinjen Terengganu di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan meneruskan penyiasatan 'asset tracing' ke atas semua sekutu pengedar dadah dan memastikan kesemua aset-aset ini dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Rohaimi berkata, nilai keseluruhan rampasan harta berkenaan adalah yang terbesar melibatkan pengedar dadah di Terengganu. - Gambar fail BERNAMA
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Pemandu wanita rempuh tiga pelajar UiTM Dungun dipercayai tidak siuman
Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Terengganu pantau ajaran Ayah Pin, jalin hubungan baik dengan ahli keluarga
Hubungan baik adalah bagi membawa mereka ke jalan yang benar dan memantau serta memastikan ajaran itu tidak kembali tersebar.
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.
Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU - Polis
Polis berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan 'phishing atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.
Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka sebanyak 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.
Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunaikan tanggungjawab hari ini
Ketiga-tiga pengundi akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Polis Terengganu tumpaskan sindiket wang palsu
Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket membuat dan mengedarkan wang palsu di negeri itu sejak setahun lalu.