KUALA TERENGGANU: Polis menerima lima laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah dan haji oleh dua syarikat dengan jumlah kerugian RM214,315.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata empat laporan diterima semalam (Ahad) melibatkan sebuah syarikat di sini, manakala satu laporan diterima hari ini membabitkan sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji di Alor Setar, Kedah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati terhadap syarikat yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk mengaburi pelanggan.
"Tahun ini, setakat ini kita ada lima laporan kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM200,000 berbanding hanya dua kes pada tahun lalu dengan jumlah kerugian RM120,000.
"Untuk kes hari ini, syarikat tersebut sebenarnya beribu pejabat di Alor Setar, tetapi laporan dibuat di Kuala Terengganu kerana mangsa dan transaksi wang dilakukan dari sini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.
Rohaimi berkata pihaknya menjangkakan lebih ramai mangsa akan membuat laporan polis dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.
Dalam pada itu seorang mangsa, Ahmad Kashfi Ab Rahman berkata beliau serta 14 ahli keluarga sepatutnya mengerjakan umrah pada 28 Februari lepas, tetapi ditunda kepada 3 Mac atas sebab-sebab tertentu.
Bagaimanapun, penjawat awam itu dimaklumkan oleh abangnya bahawa pihak syarikat telah membatalkan penerbangan tersebut dan akan memberi tarikh baharu untuk mereka sekeluarga berangkat ke tanah suci.
"Saya dan abang kemudiannya cuba menghubungi syarikat berkenaan melalui pelbagai cara tetapi tiada jawapan.
"Kami nekad membuat laporan polis kerana merasa tertipu. Kami juga mendapat tahu bahawa syarikat ini memang bermasalah dan ada juga mangsa lain dari Terengganu yang turut terpedaya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis hari ini.
Ahmad Kashfi berharap pihak polis dapat mengambil tindakan lebih tegas dan memantau ketat syarikat umrah dan haji bagi mengelakkan lebih ramai anggota masyarakat terperdaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati terhadap syarikat yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk mengaburi pelanggan. - Gambar hiasan

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.

Penipuan pakej umrah: Akta Industri Pelancongan 1992 akan diperkasa, tingkat penguatkuasaan
Akta Industri Pelancongan 1992 akan diperkasa bagi memastikan tahap penguatkuasaan lebih baik selari dengan usaha mengekang kes penipuan pakej pelancongan termasuk pakej umrah.

Dua pengarah syarikat pengendali umrah tak mengaku gagal patuh TTPM
Dua pengarah syarikat pengendali pakej umrah tidak mengaku bersalah atas 51 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Polis Terengganu terima laporan penipuan umrah, kerugian lebih RM200,000
Polis menerima lima laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah dan haji oleh dua syarikat dengan jumlah kerugian RM214,315.

'Ustaz Nizam' mengaku bersalah 4 pertuduhan pindah wang hasil aktiviti haram
Tertuduh, mohd nizam noh, 49 tahun, yang juga dikenali sebagai 'ustaz nizam' membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan dihadapan hakim, norsiah ujang.