KAJANG: Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah Geng 24 selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram itu di Bandar Sungai Long, Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan itu diterima pada 16 dan 17 Mei lalu.
"Dalam kejadian pertama kira-kira pukul 12 tengah hari pada 16 Mei lalu, mangsa, seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun ditahan oleh sekumpulan lelaki terdiri daripada pelajar sekolah sama.
"Dia ditahan kerana perselisihan faham mengenai seorang rakannya yang dicari tidak ditemui sebelum mangsa disoal siasat dan dipukul dua suspek daripada kumpulan itu menggunakan kaki tangan serta besi.
"Akibatnya mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Mohd Zaid berkata, laporan polis kedua pula diterima daripada seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun pada 17 Mei lalu.
"Menurut mangsa, semasa sedang makan bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, dia didatangi sekumpulan lelaki mengajaknya menyertai kumpulan haram, Geng 24.
"Namun, mangsa menolak ajakan itu menyebabkan tiga daripada anggota kumpulan terbabit memukul dia dan rakannya menggunakan kerusi plastik yang berada di dalam restoran sebelum suspek bertindak melarikan diri," katanya.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan.
Susulan itu, katanya, pihak polis menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 18 tahun yang disyaki terbabit dalam kedua-kedua kejadian berkenaan pada 17 dan 19 Mei lalu.
"Dua kertas siasatan dibuka secara berasingan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua kejadian terbabit.
"Hasil siasatan lanjut, salah satu kertas siasatan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwaraya dan mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan ke atas dua suspek.
"Mereka didakwa pada pukul 9 pagi hari ini (Khamis) di Mahkamah Majistret Kajang, manakala satu kes lagi masih dalam siasatan lanjut," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 dan Inspektor Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, cedera akibat dibelasah sekumpulan samseng menggunakan kerusi plastik kerana menolak ajakan menyertai kumpulan haram.
Umavathi Ramayah
Thu May 23 2024

Mohd Zaid berkata, laporan itu diterima pada 16 dan 17 Mei lalu. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis terima dua laporan pelajar dibelasah Geng 24 di Bandar Sungai Long
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah Geng 24 selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram itu di Bandar Sungai Long, Kajang.

Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis
Salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.

40 lelaki mengaku tidak salah jadi anggota kumpulan haram
Seramai 40 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan pindaan menjadi anggota kumpulan haram 'Jee Jin Tong', awal tahun ini.

Mesir: Lapan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati
Dua lagi defendan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sementara 10 lagi dihukum penjara 10 tahun.