KUALA TERENGGANU: Polis menerima satu laporan berhubung perbuatan merosakkan bahan kempen parti Pas pada hari keenam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.
Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada Khamis.
"Berdasarkan laporan itu pengadu mendapati bendera Pas yang dipasang di Perumahan Kampung Cina disembur cat sementara markas pula dirosakkan.
"Kes ini disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Halim mengingatkan semua calon dan penyokong supaya melakukan aktiviti kempen secara berhemah bagi mengelak wujud sebarang bentuk provokasi.
"Semua calon dan penyokong parti bertanding perlu terus melakukan aktiviti kempen secara berhemah dan bersopan agar tidak menimbulkan sebarang bentuk provokasi dan mengelak insiden tidak diingini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 04 2023

Antara kerosakan yang dilaporkan berlaku di markas Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) DUN Bandar di Kampung Cina, Kuala Terengganu. - Foto Sinar Harian

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Polis terima laporan markas, bendera Pas dirosakkan
Pengadu mendapati bendera Pas yang dipasang di Perumahan Kampung Cina disembur cat sementara markas pula dirosakkan.