Polis Johor mengambil sikap terbuka dalam menerima sebarang aduan yang dimuat naik menerusi laman media sosial selagi ia tidak mengaibkan pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bagaimanapun, pihak polis boleh mengambil tindakan tegas sekiranya aduan berkenaan mempunyai unsur atau bersifat memburukkan imej pasukan itu.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai sebarang masalah dalam menjalankan siasatan walaupun sesuatu aduan berkenaan dimuat naik dalam laman sosial, kita terbuka.
"Tetapi pengadu berkenaan perlu memastikan setiap maklumat atau aduan yang dimuat naik itu benar-benar sahih dan bukannya berniat untuk mengaibkan pihak polis," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dan Sarjan bagi Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seorang pemimpin DAP Johor yang memuat naik senarai lokasi pusat judi haram di kawasan Gelang Patah dalam laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Pemimpin DAP tersebut turut menyenaraikan 22 lokasi pusat mesin judi haram di daerah Kluang dan 18 lokasi di Gelang Patah selain mendakwa pihak polis tidak mengambil tindakan untuk menutup premis-premis berkenaan.
Wan Ahmad Najmuddin berkata beliau telahpun mengarahkan semua ketua polis daerah supaya mengambil tindakan sekiranya aduan berkenaan wujud.
"Arahan saya jelas memang polis akan bertindak sekiranya wujud pusat judi haram di mana-mana kawasan. Saya mahukan setiap daerah bebas daripada premis-premis seperti ini.
"Mereka ini mungkin ada agenda lain yang kita tidak tahu, tetapi polis tidak akan cepat ''melatah'' dengan kenyataan-kenyataan seperti ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2017

Wan Ahmad Najmuddin (kanan) mengucapkan tahniah kepada Pegawai Turus (D2) Pendaftaran Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ASP Nik Samsuriah Daud di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.

44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP
Seramai 44 pegawai polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan, bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua pegawai kanan direman, Polis Kelantan beri kerjasama kepada SPRM
SAC Abdullah Muhammad Piah berkata pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman selari dengan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

ASP tidak mengaku terima rasuah RM5,000
Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM5,000.

ASP ditahan minta rasuah RM30,000
Pegawai polis berusia 30-an itu dikatakan meminta rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes dan memberi perlindungan kepada suspek kes jenayah.

Polis terima laporan menerusi laman sosial selagi tidak aibkan PDRM
Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bagaimanapun, pihak polis boleh mengambil tindakan tegas sekiranya aduan berkenaan mempunyai unsur atau bersifat memburukkan imej pasukan itu.

SPRM tangkap polis dan pengusaha syarikat lindungi warga asing tanpa dokumen sah
SPRM telah menangkap tujuh orang dalam satu operasi yang dilancarkan berhubung kebanjiran warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah di Sarawak.

MAVCOM batal permit perkhidmatan udara Eaglexpress
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)bertindak membatalkan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, berkuat kuasa 21 Dis, 2016.

Pegawai polis dituduh minta dan terima rasuah
Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng.