HULU SELANGOR: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang anggota polis bantuan berhubung dakwaan terserempak dengan seekor harimau belang di kilometer 18 Jalan Batang Kali - Genting Highlands di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun pada jam 9.07 pagi.
"Sehubungan itu, pihak polis telah menghubungi Jabatan Perhilitan Daerah Hulu Selangor untuk membantu usaha mengesan harimau belang terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Faizal berkata, hasil daripada siasatan dan pemerhatian sekitar kawasan terbabit tiada sebarang kesan dan tapak hidupan liar itu ditemui ekoran faktor muka bumi yang padat dan daun pokok yang tebal daripada jenis akasia.
"Tindakan susulan Jabatan Perhilitan Daerah Hulu Selangor memasang perangkap kamera di lokasi bersesuaian untuk mengesahkan kehadiran harimau belang berikut," katanya.
Menurutnya, orang awam dinasihatkan supaya berwaspada ketika melakukan sebarang aktiviti di kawasan terbabit bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini.
"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat penemuan berkenaan harimau belang itu, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun pada jam 9.07 pagi Ahad. - Gambar hiasan
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC menjelaskan ia diadakan susulan aduan rakyat mengenai kenaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta, premium insurans dan impaknya kepada sistem kesihatan awam.
Vehicle inspections: MOT announces three new companies, ending Puspakom’s monopoly
Loke said the companies were selected based on key criteria, including financial stability and a minimum paid-up capital of RM10 million.
SST: Hasil untuk 2024 melebihi jangkaan
MOF juga berkata pengembangan skop SST yang dimuktamadkan dan semakan kadar akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025.
Rizab antarabangsa bnm berjumlah US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Tidak perlu ubah sistem permarkahan 21 mata - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berpendapat tiada keperluan untuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar sistem pemarkahan 21 mata sedia ada.
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.