Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tetap menjalankan siasatan terhadap isu dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap syarikat itu.
Beliau berkata walaupun polis sebelum ini menetapkan hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1MDB mengesan sebarang percanggahan, pasukan petugas khas bagi kes itu yang bermesyuarat pada Jumaat lalu memutuskan segala maklumat atau laporan yang diterima berhubung kes itu perlu disiasat.
"Berikutan polis menerima maklumat dan laporan berkaitan kes (1MDB), pasukan petugas khas ini berpendapat kami perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas apa juga maklumat yang diterima tanpa perlu menunggu laporan penuh Jabatan Audit Negara selesai," katanya.
Selain Bahagian Jenayah Komersial, pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana syarikat itu turut disertai Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melepaskan peserta Kayuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.
1MDB, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 2009, menjadi fokus utama media dan masyarakat berikutan dakwaan penyelewengan pengurusan kewangannya.
Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Mac lepas, telah mengarahkan agar Ketua Audit Negara untuk meneliti dan mengesahkan secara bebas akaun syarikat itu.
"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Perdana Menteri.
Berhubung isu stesen radio BFM yang memuat naik klip video menyindir pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Ketua Polis Negara berkata ini kali kedua stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris itu terbabit mempersendakan agama Islam.
Katanya pada akhir tahun lepas, stesen radio BFM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu wawancara yang dibuatnya bersama sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan berhubung kalimah Allah pada 21 Okt 2013.
"Saya ingin ingatkan stesen-stesen radio, khususnya BFM supaya lebih berhati-hati kerana sebelum ini mereka pernah dikenakan tindakan berhubung isu kalimah Allah.
"Kini, sekali lagi dia cuba mainkan isu yang sensitif kerana apa yang diucapkan oleh (wartawan BFM) Aisyah (Tajuddin) sebenarnya boleh dianggap mempersendakan agama Islam yang tentunya melukai perasaan ramai orang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Khalid berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tindakan lebih tegas boleh diambil terhadap stesen radio BFM serta mencari kaedah terbaik mengawal penyiaran isu-isu sensitif yang membangkitkan kemarahan masyarakat.
Dalam pada itu, beliau berkata polis akan memanggil Aisyah, penulis skrip dan pihak yang membuat ugutan terhadap penyampai BFM itu bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan menimbulkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat.
Katanya sehingga kini polis menerima lima laporan berhubung penyiaran video kontroversi itu.
Bernama
Sun Mar 22 2015

KHALID: Berikutan polis menerima maklumat dan laporan berkaitan kes (1MDB), pasukan petugas khas ini berpendapat kami perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas apa juga maklumat yang diterima. - Gambar Fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mac 2025]
Fokus AWANI pagi 3 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Siasatan bekas PM: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
2. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
3. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
1. Siasatan bekas PM: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
2. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
3. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 3 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Ringgit dijangka kekal RM4.45-RM4.47, data ekonomi AS jadi fokus
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.45-RM4.47 berbanding dolar AS, dipengaruhi oleh dasar tarif AS dan data ekonomi utama seperti NFP dan indeks ISM. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menjelaskan kesannya terhadap pasaran dan dasar monetari.
Dividen KWSP & Jurang Pendapatan: Realiti gaji dan simpanan di Malaysia
Adakah dividen KWSP yang tinggi benar-benar mencerminkan peningkatan kesejahteraan kewangan pencarum? Walaupun kadar dividen meningkat, ramai masih berdepan simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas isu jurang pendapatan, strategi pelaburan KWSP, dan cabaran ekonomi rakyat Malaysia.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.

22 motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi
Bengkel motosikal termasuk empat buah kedai setingkat jenis kelas B di Kampung Tekah Baru yang terbakar sekitar jam 5.11 pagi tadi.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.