BANGKOK: Polis Thailand telah melancarkan operasi mencari wanita Malaysia berusia 22 tahun yang kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai, wilayah Chiang Rai.
Chong Sum Yee, 22 tahun, berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai, Thailand.
Lokasi berkenaan berdekatan dengan bandar Tachilek di Myanmar, di mana kes-kes perdagangan manusia pernah dilaporkan.
Chong tetap berhubung dengan keluarganya ketika berada di Thailand dan kali terakhir dia dapat dihubungi pada 1 Jun, 10.30 pagi (waktu tempatan).
Pol Lt Gen Piya Tawichai, komisioner Wilayah Polis Wilayah 5 berkata polis Thailand mempergiat usaha mengesan wanita Malaysia yang hilang itu.
Beliau berkata bahawa pihak polis telah menghubungi rakan sejawatnya di Myanmar untum mengesan wanita itu.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah hotel, seorang wanita muda yang menyerupai Chong dilihat duduk di lobi hotel.
Seorang wanita lain tiba dan mereka meninggalkan hotel berkenaan dengan menggunakan motosikal.
Hasil rakaman CCTV itu mendapati tiada bukti paksaan atau kekerasan.
Pada Jumaat, ibu Chong, Chee Choy Wen, menggunakan platform media sosial Facebook bagi menyuarakan kebimbangan setelah gagal menghubungi anak perempuannya.
Laporan polis telah dibuat pada 2 Jun.
Chee berkata bahawa anak perempuannya memberitahu bahawa dia berada di Thailand atas urusan kerja.
Namun, majikannya menafikan perkara itu sebaliknya dimaklumkan bahawa Chong ke Thailand atas urusan peribadi.
Chee turut meminta bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Bangkok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Chong Sum Yee, 22 tahun, berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai, Thailand. - Foto Sinar Harian/media sosial

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.

Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada malam semalam berhampiran flat polis Bannan Sata.

PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.

Dua rakyat Malaysia antara sembilan ditahan dalam pesta dadah di Bangkok
Polis Thailand melakukan serbuan ke atas sebuah kediaman mewah selepas menerima aduan daripada penduduk.

Kerjasama Polis Kelantan-Thailand banteras kegiatan penyeludupan
Polis Kelantan akan terus bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak polis Thailand khususnya dalam usaha mempertingkatkan kawalan sempadan.

KPN hargai kenyataan polis Thailand berhubung kemasukan syabu, pil yaba ke Malaysia
Kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.

Polis Thailand kenal pasti dalang insiden landasan kereta api dibom
Pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman CCTV di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat.

PDRM serah 3 suspek sindiket pemerdagangan manusia kepada polis Thailand
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).