MELAKA: Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghalang sebarang usaha atau program bantuan oleh mana-mana pihak kepada rakyat yang terjejas ekoran COVID-19 khususnya dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.
Ketua Polis Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bagaimanapun penyampaian bantuan perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mempunyai kebenaran daripada pihak berwajib seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri/ Daerah atau Pusat Kawalan Operasi Bencana.
"Terdapat salah faham berkaitan dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini berkaitan bantuan yang disampaikan seorang penganjur di sebuah medan selera di Plaza Malim di sini kira-kira 3.50 petang pada 1 Julai lepas.
Pada hari kejadian, ketika Ketua Polis Balai Malim dan dua anggotanya sedang menjalankan tugas pemantauan pematuhan SOP di kawasan itu, terdapat ramai orang beratur di kaki lima medan selera berkenaan dan mendapati berlaku aktiviti pengagihan barang makanan kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata seorang wanita yang berada di kawasan tersebut mengaku sebagai penganjur program bantuan berkenaan dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat aktiviti pembungkusan dan pengagihan makanan sedang dilakukan.
Katanya anggota dan pegawai polis terlibat telah memberi nasihat kepada penganjur agar menghentikan aktiviti pembungkusan dan pengagihan barangan makanan itu kerana menyebabkan orang ramai berkumpul dan ia lebih kepada penyampaian sumbangan secara bersemuka dan bukannya seperti yang didakwa iaitu program bank makanan.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata semasa perbincangan dilakukan antara anggota dan pegawai polis terlibat bersama penganjur, ia turut disertai ADUN terlibat dan nasihat serta SOP yang dijelaskan diakui difahami mereka sekiranya ingin melakukan program bantuan kepada rakyat.
Beliau berkata bagaimanapun tiada sebarang tangkapan atau kompaun dikeluarkan terhadap pihak penganjur.
"Pihak polis ingin menegaskan bahawa bantuan makanan menerusi bank makanan boleh dijalankan tanpa melibatkan orang ramai berkumpul dan perlu mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Orang ramai dinasihatkan berhubung terus dengan bilik gerakan Polis Diraja Malaysia atau MKN bagi mendapatkan penjelasan atau mempunyai sebarang pertanyaan berhubung aktiviti atau program sumbangan atau makanan bagi mengelak kekeliruan " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021

Ketua Polis Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bagaimanapun penyampaian bantuan perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mempunyai kebenaran daripada pihak berwajib. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.

Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.

Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.

Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.

PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.

Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta
Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu.