Polis menolak dakwaan yang mengatakan bahawa Sungai Sireh di Pelabuhan Klang adalah tempat pembuangan mayat berikutan dakwaan beberapa nelayan di situ yang pernah menemui cebisan mayat di sekitar kawasan itu beberapa tahun belakangan ini.
Dua nelayan, Satarudin Kamal, 45 dan rakannya Yusof Osman, 53 yang menemui mayat seorang budak lelaki, William Yau Zheng Zhong yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di Putra Height sebelum ini mendakwa menemui sekurang-kurangnya 16 mayat sepanjang 10 tahun lalu dan lapan daripadanya telah ditemui sepanjang tahun lalu sahaja.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi Astro Awani menafikan dakwaan itu dan Sungai Sireh bukanlah seburuk yang disangka.
“Dakwaan tersebut amatlah tidak benar. Mayat yang ditemui disitu sebenarnya datang dari pelbagai kawasan sepanjang Sungai Sireh,” kata Mohamad.
Sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan beberapa tahun lalu, Mohamad berkata hanya terdapat satu atau dua kes penemuan mayat di sekitar lembangan Sungai Sireh dan bukanlah sebanyak seperti yang didakwa.
“Kawasan ini merupakan kawasan berlumpur dan dikelilingi oleh paya bakau. Kebanyakkan mayat yang ditemui terapung akan selalunya tersangkut di pokok-pokok kayu bakau ketika air surut,” beliau berkata.
Beliau menambah Sungai Sireh terletak di bawah pentadbiran polis daerah Klang Selatan dan bersempadan dengan Klang Utara.
“Kebanyakkan mayat yang ditemui itu dijumpai secara bertaburan sepanjang sungai itu dan sesetengah dari mereka dipercayai telah hanyut sejauh dari bandaraya Shah Alam. Mayat-mayat itu pula jika tidak tersangkut pada perangkap sampah akan hanyut dan terapung sehingga ke laut di sekitar Pelabuhan Klang,” kata beliau.
Meskipun mayat-mayat tersebut ditemui samada di kawasan Klang Selatan atau Klang Utara, ianya akan pasti dibawa ke jeti nelayan di Sungai Sireh kerana tiadanya kemudahan jeti di daerah Klang Utara.
“Ketiadaan kemudahan jeti nelayan di daerah Klang Utara telah menyebabkan kebanyakkan yang ditemui di Sungai Sireh dan kawasan-kawasan berhampiran didaratkan ke jeti nelayan di Sungai Sireh,” katanya lagi.
Tambah beliau, mayat yang ditemui itu kebanyakkannya berpunca dari mati lemas dan adalah sukar unutuk mengatakan mereka dibunuh dan dicampak ke dalam sungai itu.
Aizat Sharif
Mon Feb 04 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian
Kesemua tangkapan melibatkan kategori perjudian dalam talian dan loteri awam tanpa lesen.

Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan berkaitan judi haram sejak 1 Dis
Pihaknya sentiasa membuat pemantauan secara berterusan namun masih memerlukan orang awam untuk menjadi mata dan telinga pihak polis.

PKP Fasa II: Sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang
Beberapa sekatan jalan raya dan penutupan jalan utama ditetapkan di Klang Utara dan Selatan untuk fasa kedua PKP.

Sebab cemburu, suami serbu tempat kerja untuk pukul dan tetak isteri
Video suami dan rakan memukul serta menetak isteri sendiri tular di Facebook dan motifnya adalah cemburu.

Polis tolak dakwaan Sungai Sireh tempat buang mayat
Polis menolak dakwaan yang mengatakan bahawa Sungai Sireh di Pelabuhan Klang adalah tempat pembuangan mayat.