Anggota polis trafik boleh mengeluarkan saman terhadap individu yang melakukan kesalahan di dalam kawasan sekolah kerana itu adalah atas permintaan daripada pihak sekolah, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.
Beliau berkata polis trafik boleh menjalankan tugas mereka di mana-mana sahaja kerana itu merupakan tugas dan dalam bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.
"Sebenarnya kami telah dijemput datang ke sekolah dan buat terlebih dahulu program advokasi kepada para pelajar sekolah.
"Selepas itu, barulah kami akan datang ke sekolah untuk buat operasi melalui Op Didik. Tidak sewenangnya terus buat operasi dan saman," katanya kepada Bernama selepas melancarkan Liga Bola Sepak PDRM Kontinjen Perlis di Kompleks Sukan Syed Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra, dekat sini pada Selasa.
Surina berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tular di laman sosial mengenai anggota polis trafik menjalankan operasi menyaman pelajar di dalam kawasan sekolah, yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ibu bapa yang beranggapan bahawa ia menyalahi undang-undang.
Katanya, sebanyak lima buah sekolah terpilih bagi program itu di Perlis dan hanya selepas program advokasi dijalankan barulah tindakan dan operasi dijalankan di sekolah yang terlibat, katanya tanpa mendedahkan butiran sekolah berkenaan.
"Lebih 60 saman dikeluarkan dan kebanyakannya adalah kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, termasuk saman terhadap pemilik kenderaan.
"Saman yang kita keluarkan adalah lebih kepada mendidik ibu bapa tentang pentingnya anak-anak mereka mempunyai lesen memandu terlebih dahulu," katanya dan menurutnya "keselamatan anak-anak perlu diutamakan".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020

Surina berkata, lima sekolah telah terpilih bagi program itu di Perlis dan hanya selepas program advokasi dijalankan barulah tindakan dan operasi dijalankan di sekolah terlibat. - Gambar fail

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Polis trafik boleh saman dalam kawasan sekolah - Ketua Polis Perlis
Beliau berkata polis trafik boleh menjalankan tugas mereka di mana-mana sahaja kerana itu merupakan tugas dan dalam bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.