SIBU: Polis sedang memburu dua suspek yang melepaskan tembakan dalam sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo di sini semalam, mengakibatkan tiga lelaki berumur antara 27 dan 33 tahun cedera.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 5.41 petang yang memaklumkan mengenai kejadian dua suspek bertopi keledar yang tiba di kedai kopi itu pada pukul 4.55 petang dengan dua motosikal, dan melepaskan beberapa tembakan.
Beliau berkata seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat, manakala seorang lagi dari jarak kira-kira 20 meter daripada sasaran, dan siasatan awal polis menemukan 10 kelongsong peluru 9mm di sekitar kawasan kedai itu.
"Ketiga-tiga lelaki yang cedera telah dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dan keadaan mereka stabil," katanya dalam persidangan media di sini hari ini.
Menurutnya mangsa pertama mengalami kecederaan pada kedua-dua bahagian paha serta kaki kanan, manakala dua rakannya masing-masing terkena tembakan pada bahagian bahagian bahu kiri dan kanan.
Zulkipli berkata polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi menyiasat insiden itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Beliau seterusnya menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Mingat Bakil dengan menelefon 019-8867978, atau hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu satu klip video dari rakaman sebuah CCTV mengenai kejadian itu tersebar luas di laman media sejak malam tadi, yang menunjukkan salah seorang daripada suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal penghantar makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Siasatan awal polis menemukan 10 kelongsong peluru 9mm di sekitar kawasan kedai itu.- Gambar hiasan

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Pentadbir WhatsApp ditembak mati selepas ahli tersinggung
Mushtaq didakwa mengeluarkan Ashfaq daripada kumpulan WhatsApp selepas satu pertengkaran.

Turkiye: Lelaki ditahan selepas tembak pemilik restoran, jadikan pelanggan tebusan
Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah ditahan selepas menembak seorang pemilik restoran dan menjadikan beberapa pelanggan sebagai tebusan pada Isnin di barat laut Turkiye.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.

Lelaki disyaki tembak pelajar di Georgia ditahan pihak berkuasa
Pegawai negeri Georgia menangkap bapa kepada remaja, Colt Gray, Colin Gray yang disyaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Khamis.

Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan
Ketika kejadian, suspek melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali yang terkena mangsa pada bahagian belakang.

Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.

Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.

Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.