Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata selain itu, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan berkenaan.
"Kita dalam proses mengenal pasti blok-blok (pihak) yang terlibat membuat ugutan ini dan kita klasifikasikan kes ini sebagai satu kes ugutan jenayah," katanya.
"Kita telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (untuk kenal pasti individu terlibat). Macam-macam boleh berlaku sebab dalam alam maya ini, pelayan (server) dia mungkin berada di luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan tengah hari bersama Warga Emas Rumah Seri Kenangan sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Tabung Kaseh Kanser Orang Kota Baharu (OKB) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Biro Perpaduan dan Perhubungan Kaum Persatuan Orang Kota Baharu (POKB).
Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Presiden POKB Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad.
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan keretanya.
Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) dengan seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.
Mengulas mengenai proses ekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Kpl Sirul Azhar Umar ke negara ini dari Australia, Noor Rashid berkata proses berkenaan belum lagi dimulakan oleh Pejabat Peguam Negara.
Pada Khamis lepas, kerajaan Australia dilapor akan 'menimbang' semua permohonan ekstradisi termasuk melibatkan Kpl Sirul Azhar, yang disabitkan kesalahan membunuh.
Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.
Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Menyentuh mengenai penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 10 Mac ini, beliau memberi jaminan akan menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keselamatan dan kelancaran proses tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz, yang merupakan Mursyidul Am PAS mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Bernama
Sat Feb 28 2015

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh AMAD terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tubuh pasukan khas siasat ugutan bunuh terhadap KPN
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.