KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah siber antarabangsa membabitkan penjualan templat penipuan dan pancingan data kewangan yang dilakukan melalui sebuah laman web, dalam beberapa serbuan serentak di empat negeri pada 6 Nov lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tujuh lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand berusia lingkungan 29 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan di Sabah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur itu.
"Siasatan awal polis mendapati sindiket yang didalangi oleh seorang lelaki tempatan yang juga bertindak sebagai pembangun perisian, dipercayai terlibat pelbagai kegiatan penipuan siber.
"Kumpulan ini beroperasi di Sabah menyasarkan laman web rasmi kerajaan Australia, institusi perbankan di luar negara serta organisasi yang mengendalikan laman web beralamat '.gov' dan '.edu' dengan menyediakan perkhidmatan templat pancingan bagi mendapatkan maklumat peribadi pelayar Internet secara tidak sah.
"Selain itu, sindiket ini juga menjalankan aktiviti stolen credentials yang meliputi transaksi jual beli maklumat identiti seperti kata laluan, maklumat perbankan dan data peribadi yang diakses daripada pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Selain itu, menurutnya polis berjaya mengesan 1,038 nama pengguna dan kata laluan rakyat tempatan yang turut dimiliki penjawat awam seperti kastam, yang boleh diakses sindiket itu secara tidak sah.
Razarudin berkata hasil operasi yang dijalankan dengan kerjasama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan Polis Persekutuan Australia (AFP) itu, polis berjaya merampas e-dompet mata wang kripto bernilai RM965,808, sembilan telefon bimbit, 11 kad ATM, 186 dokumen dan dua kenderaan serta enam barang kemas.
Turut dirampas, katanya komputer dan server didaftarkan atas nama suspek utama berusia 36 tahun itu di Technology Park Malaysia, yang digunakan sebagai web hosting services ke atas laman web www.bulletproftlink.com yang menawarkan perkhidmatan itu dengan kaedah perhubungan komunikasi menerusi aplikasi Telegram.
“Sindiket tersebut beroperasi sejak 2015, namun aktif menjalankan kegiatan jenayah siber ini sejak setahun lepas. Empat daripada lapan suspek didapati turut memiliki beberapa rekod lampau berkait kes dadah, tipu dan judi.
“Selain itu, semakan dan pemprofilan lanjut berserta jejak wang yang telah dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) mendapati rangkaian sindiket ini juga terlibat dalam dua skim penipuan pelaburan yang tidak wujud,” katanya.
Beliau berkata ia membabitkan skim pelaburan CFG International dan satu skim pelaburan mata wang kripto iaitu ECCoin yang menggunakan platfom Huobi dengan 37 laporan polis telah diterima setakat ini melibatkan kerugian keseluruhan RM1.2 juta.
Razarudin berkata sebanyak dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan 15 kertas siasatan lagi di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kes penipuan pelaburan tidak wujud.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tumpas sindiket antarabangsa tawar khidmat pancingan data kewangan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket jenayah siber antarabangsa membabitkan penjualan templat penipuan dan pancingan data kewangan yang dilakukan melalui sebuah laman web.