ALOR SETAR: Polis berjaya menumpaskan 'Geng Capang' dengan penahanan 11 individu termasuk tiga wanita yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah bangunan kerajaan dan sekolah di Kedah dan Perak.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua suspek berusia 17 hingga 41 tahun yang berasal dari Baling itu ditahan di empat lokasi berasingan, Selasa lepas.
"Geng yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini menyasarkan bangunan kerajaan dan sekolah dengan memotong pagar belakang bangunan sebelum memasuki pejabat pentadbiran. Mereka akan mencuri peralatan elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit yang ditinggalkan di situ.
"Mereka melakukan kegiatan ini pada sebelah pagi, mungkin mereka tahu tahap keselamatan pada waktu itu rendah...dengan penahanan kesemua suspek ini, kita telah berjaya menyelesaikan 25 kes pecah bangunan kerajaan dan sekolah di Kedah dan dua di Perak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas tiga kereta yang digunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu serta 20 telefon bimbit, enam tablet, tiga kamera dan beberapa barangan lain.
"Hasil semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal urin mendapati lapan daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara atau denda," katanya.
Sementara itu Fisol berkata mengikut statistik dari Jan hingga awal Mei lepas 22 sekolah dan 11 bangunan kerajaan di lima daerah di Kedah telah dilaporkan dipecah masuk dan barang-barang milik kerajaan seperti komputer riba, tablet dan beberapa barangan lain dilarikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Fisol berkata kesemua suspek berusia 17 hingga 41 tahun yang berasal dari Baling itu ditahan di empat lokasi berasingan, Selasa lepas. - Gambar fail/Bernama
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tumpaskan 'Geng Capang' terlibat kes pecah bangunan di Kedah, Perak
Polis menumpaskan 'Geng Capang' dengan penahanan 11 individu termasuk tiga wanita yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah bangunan kerajaan dan sekolah di Kedah dan Perak.