SEPANG: Polis dalam proses mengenal pasti sama ada rangka manusia yang ditemukan dalam longkang di depan sebuah sekolah di Jalan Kebun, Klang pada 27 Ogos lepas, mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang lelaki tempatan dua bulan lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata identiti mayat itu sama ada ia mangsa yang hilang akan diketahui melalui keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam tempoh dua minggu lagi.
"Polis telah mengenal pasti satu kes seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang dengan anggaran usia sama dengan mayat berkenaan...sama ada mayat itu adalah mangsa yang hilang atau sebaliknya, kita perlu tunggu keputusan DNA," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.
Tular di media sosial baru-baru ini penemuan mayat yang hanya tinggal tulang dan tengkorak tersangkut pada batang paip dalam longkang depan sekolah di Jalan Kebun, Klang.
Beliau berkata bedah siasat telah dilakukan, namun masih dalam proses untuk mengesahkan punca kematian serta klasifikasi kes sama ada ia melibatkan jenayah atau mati mengejut (SDR).
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata seorang anggota polis di IPD Sepang yang didakwa terbabit dalam kes khalwat akan dikenakan tindakan disiplin.
Katanya polis telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui laporan dibuat anggota itu sendiri yang mendakwa beliau difitnah oleh individu lain.
Pada 25 Ogos lepas, tular video berkaitan dakwaan salah laku melibatkan anggota polis ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah kondominium.
Terdahulu, Hussien menyaksikan proses pelupusan barang kes membabitkan 80 mesin bitcoin, pelbagai jenama rokok dan minuman keras yang dirampas sejak 2019 hingga Mac lepas bernilai RM216,318.26.
"Kesemua barang kes dilupuskan dengan cara musnah melalui kaedah e-sisa dan jualan sisa besi dan pepejal, setelah mendapat kelulusan mahkamah," katanya menambah rampasan berkenaan membabitkan lapan kes dengan enam daripadanya telah diambil tindakan undang-undang dan dua lagi tiada tindakan lanjut (NFA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

Hussein Omar Khan (foto) berkata identiti mayat itu sama ada ia mangsa yang hilang akan diketahui melalui keputusan ujian DNA dalam tempoh dua minggu lagi. -Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kes tembak: Ah Boy dipercayai ambil dadah sebelum lakukan jenayah
Penjenayah bersenjata yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam Selasa lalu, dipercayai menggunakan dadah sebelum melakukan jenayah.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

Suspek kes tembak di Setia Alam sempat lakukan lima jenayah sebelum sembunyi di Pulau Ketam
Suspek sempat melarikan diri dari Klang ke Melaka, dan berada di sana selama lima hari sebelum berpatah balik ke Banting, dan dua hari lepas dikesan di Sabak Bernam.

Kes tembakan Setia Alam: Suspek mati ditembak polis di Pulau Ketam
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada Selasa.

Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.

Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.