Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti sama ada mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni yang ditemui dalam tali air di tebing sungai Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap semalam mempunyai kaitan dengan penemuan kepala manusia di Bukit Mertajam pada Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bedah siasat mayat dijangka dilakukan Pakar Pathologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh Sabtu.
"Bedah siasat kepala lelaki yang ditemui di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam itu telah dijalankan pada Rabu dan sekarang ini polis tunggu laporan bedah siasat mayat tersebut.
"Selepas terima laporan, baru kami boleh tentukan sama ada kepala dan badan yang ditemui secara berasingan itu mempunyai kaitan antara satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Isnin lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria dipercayai diletakkan dua penunggang motosikal.
Manakala Khamis, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk di dalam tali air di Sungai bakap yang dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing berkenaan.
Abdul Rahim berkata setakat ini polis masih belum dapat mengenal pasti identiti kedua-dua mayat berkenaan dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 51 kes pembunuhan dengan 33 kes membabitkan warga asing dilaporkan di Pulau Pinang.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes bunuh membabitkan warga Myanmar dan siasatan polis mendapati kebanyakkannya membabitkan motif pergaduhan di tempat kerja, mabuk dan hutang," katanya.
Bernama
Sat Nov 29 2014

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bedah siasat mayat dijangka dilakukan Pakar Pathologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh Sabtu.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Polis akan guna sampel rambut bagi mengesan penggunaan dadah dalam kalangan calon anggota dan pegawai mulai tahun hadapan

Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.

Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.

Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.

Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah
Jika terbukti, polis akan mengklasifikasi semula siasatan daripada laporan kebakaran kepada Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.

36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula
Ketua Polis Pulau Pinang berkata walaupun peningkatan kes tidak begitu ketara namun polis akan melipatgandakan pengawasan dan rondaan.

PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian
Polis menerima 11 laporan berhubung pergaduhan dan provokasi antara penyokong parti-parti bertanding sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh semalam.

Sindiket dadah RM5 juta tumpas
Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM5 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang.

Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung larangan penggunaan kalimah Allah.