KULAI: Rejuvenasi Perumahan Johor atau polisi baharu perumahan Johor yang dilancarkan kerajaan negeri Johor semalam merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) oleh pemaju perumahan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pembaharuan polisi itu merupakan inisiatif penyampaian perkhidmatan atau manfaat segera antara pemaju dan juga pembeli.
Beliau berkata menerusi polisi baharu perumahan Johor kerajaan negeri menyasarkan 21,000 unit RMMJ dengan harga yang ditetapkan RM150,000, RM80,000 dan RM42,000.
"Pelancaran rejuvenasi atau transform rumah negeri Johor merupakan antara perkara penting yang dibuat kerajaan yang asasnya untuk meningkatkan jumlah pembinaan rumah mampu milik Johor dan harga yang ditetapkan adalah RM150,000, RM80,000 dan RM42,000.
"Setakat tahun ini, kami sudah sasarkan 2,400 unit dan sudah dapat bangunkan melebihi sasaran," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Polisi Baru Perumahan Negeri Johor yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di IOI Galleria, Bandar Putra, di sini, semalam.
Selain itu, Mohd Jafni berkata antara pembaharuan baharu termasuk pengurangan dokumen bagi permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan RMMJ.
Sebelum ini katanya, untuk permohonan PPR, mereka yang memohon perlu menyediakan 23 dokumen tetapi kini cuma enam dokumen sementara untuk RMMJ, mereka cuma perlu menyediakan lima dokumen yang sebelum ini sehingga 17 dokumen.
Ia sekali gus mengurangkan kos permohonan yang sebelum ini menelan sehingga RM300 ke RM500 untuk setiap permohonan, tetapi sekarang tiada kos kerana semua urusan boleh dibuat dalam talian.
"Bagi permohonan insentif baucer RM1,000 pula, jika dulu rakyat perlu menyediakan enam dokumen tetapi sekarang hanya dua dokumen sahaja diperlukan dan bayaran akan terus dikreditkan dalam tempoh kurang dua minggu," kata beliau.
"Bagi pemaju pula, dulu tempoh permohonan lot bumiputera mengambil masa selama 180 hari, sekarang hanya tujuh hari sahaja dan pengeluaran surat tawaran bumiputera yang dulunya mengambil masa 60 hari, tetapi sekarang hanya mengambil masa sehari sahaja," katanya.
Selain itu, Mohd Jafni juga berkata isu pembiayaan dan pinjaman bank yang sukar oleh golongan rakyat yang terhimpit juga dibantu dengan jalinan kerjasama institusi kewangan antara pihak Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ bersama Syarikat Jalinan Kredit Perumahan (SJKP) serta Bank Simpanan Nasional, Bank Muamalat dan Bank Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022

Mohd Jafni bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rejuvenasi Perumahan Johor di Kulai semalam. --fotoBERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.

Polisi baharu perumahan Johor bantu mudahkan pemaju, pembeli
Pembaharuan polisi itu merupakan inisiatif penyampaian perkhidmatan atau manfaat segera antara pemaju dan juga pembeli.

COVID-19: Sabah bakal umum polisi baharu tangani peningkatan kes positif - Masidi
Kerajaan Sabah akan mengumumkan polisi baharu dalam usaha menangani peningkatan kes COVID-19.

COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji
Jururawat dan pekerja kesihatan yang bertugas di Pusat Perubatan Jacobi di New York menyatakan protes terhadap polisi baharu yang dilaksanakan di tengah kebimbangan krisis COVID-19, pada Jumaat.