Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menimbangkan untuk mewujudkan polisi khas bagi memastikan kerajaan negeri menyerahkan kepada kementerian senarai penduduk yang benar-benar layak memiliki rumah mampu milik.
Timbalan Menterinya Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, ini penting agar pemilikan rumah mampu milik tidak berterusan diseleweng oleh mana-mana pihak.
"Walaupun kementerian ada kuasa membina rumah, tapi senarai siapa yang berhak memiliki rumah mampu milik ada pada pihak majlis tempatan atau majlis daerah dan mereka ini enggan berkongsi data itu.
"Ini kerana masing-masing menggunakan senarai itu demi kepentingan sendiri termasuk memberikan rumah mampu milik ini berdasarkan 'political connection' dan bukannya atas dasar kelayakan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan simposium The Housing +Urbanity di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia ( PAM) Ezumi Harzani Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Norzakiah Arshad.
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata mengikut rekod yang diperolehi KPKT, memang wujud individu yang memiliki rumah mampu milik sehingga tiga atau empat buah atas nama sendiri atau nama berlainan.
"Kita tidak akan benarkan perkara ini terjadi lagi. Untuk itu, kita akan lihat mekanisme yang terbaik termasuk mewujudkan polisi khas bagi memperoleh data yang telus dan terbuka," katanya.
Jelasnya, buat masa ini kementerian memberi keutamaan kepada mereka yang secara sukarela memberi data untuk jalankan projek perumahan mampu milik.
Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin Shah menjelaskan perbincangan dengan pihak bank berkenaan kelonggaran pemberian pinjaman bagi membeli rumah masih berjalan.
"Sudah ada beberapa petanda positif termasuk beberapa bank sudah bersetuju untuk memasukkan pekerjaan kedua peminjam sebagai syarat bagi memudahkan pinjaman.
" Kita harap, lebih banyak bank akan mempertimbangkan perkara yang sama memandangkan ramai pemohon terutama golongan B40 mempunyai dua pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, ini penting agar pemilikan rumah mampu milik tidak berterusan diseleweng oleh mana-mana pihak.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Polisi khas pastikan kelayakan beli rumah mampu milik
Mengikut rekod yang diperolehi KPKT, memang wujud individu yang memiliki rumah mampu milik sehingga tiga atau empat buah atas nama sendiri atau nama berlainan.