MELAKA: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee diminta memulangkan dengan segera kereta rasmi dan aset yang diamanahkan kepadanya sepanjang memegang jawatan itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ts Kamel Mohamed berkata tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Beliau berkata setakat ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron telah memulangkan kereta rasmi dan aset kerajaan negeri pada 7 Okt setelah meletak jawatan sebagai Exco.
"Bekas ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad, yang juga bekas Exco, pula memaklumkan akan memulangkan kereta dan aset terlibat pada Isnin ini. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua bekas ADUN terlibat.
"Tindakan tersebut membantu penjawat awam di negeri ini memfokus kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan semula ekonomi negeri yang terkesan ekoran penularan COVID-19," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau turut menyeru penjawat awam di negeri itu memberi fokus terhadap pelaksanaan projek yang sudah diluluskan agar dapat menjadikan Melaka sebuah negeri yang progresif, maju dan berdaya saing.
Isnin lepas, ketiga-tiga Exco serta bekas ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan mengumumkan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt lepas daripada Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan UMNO hilang majoriti dalam DUN.
Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021

Norhizam Hassan diminta memulangkan dengan segera kereta rasmi dan aset yang diamanahkan kepadanya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

PRN Melaka: Semua calon Bebas, Putra, Iman hilang wang deposit
22 calon Bebas hilang deposit setelah gagal memperolehi satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

PRN Melaka: Tiga bekas ADUN lompat gagal dapat mandat
Idris tewas kepada Fairul Nizam, Nor Azman pula ditewaskan Tuminah Kadi, manakala Norhizam dikalahkan oleh Datuk Kalsom Noordin.

PRN Melaka: Saya tiada IR, tapi saya ada 'JR' - YB Viral yakin prestasi tiga tahun beri kelebihan
Moto itu telah diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai wakil rakyat berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk.

PRN Melaka: Umum bertanding Bebas, Norhizam yakin menang besar
Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan akan tetap mengambil bahagian pada PRN Melaka nanti sebagai calon Bebas.

PRN Melaka: Norhizam nafi tanding atas tiket Pejuang
Bekas ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang pada PRN Melaka.

PRN Melaka: Tidak diletak sebagai calon PH, Norhizam enggan ulas
Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

PRN Melaka: Norhizam Hassan Baktee tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan 4 ADUN itu dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.

PRN Melaka: DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Politik Melaka: Enggan pulang aset, polis rampas kenderaan rasmi Norhizam
Kenderaan itu dirampas di sebuah kondominium yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi Selasa.