HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata buat julung kalinya pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama untuk berbincang isu berkaitan negara.
Beliau berkata berikutan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara kerajaan dengan pembangkang, walaupun terdapat perbezaan pandangan pembangkang tidak terlalu emosional dan mereka menyokong kerajaan dalam sidang Parlimen.
"Keadaan politik stabil ketika ini, sebab itu kita yakin lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia, cuma ramai yang minta diadakan pilihan raya lebih awal. Kita risau juga jika pilihan raya lebih awal, kestabilan mungkin tidak dapat dikekalkan.
"Alhamdulillah, politik kita stabil. Bolehlah balik Malaysia," katanya dalam nada bergurau yang disambut ketawa kecil para hadirin.
Ismail Sabri berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam selama dua hari bermula hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri memberi contoh pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
"Pindaan Perlembagaan bukan seperti rang undang-undang lain yang hanya perlukan majoriti mudah ...untuk pindaan Perlembagaan, mesti dapat dua pertiga majoriti dan undi ini secara individu bukan lebih suara... jadi, keadaan politik adalah stabil," katanya.
Beliau tiba di sini pada 1.45 tengah hari waktu tempatan dan lawatan rasmi sulungnya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
![Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia - PM Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647779768_IsmailSabri.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan? Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?
Kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
![Politik negara lebih stabil pada 2024 Politik negara lebih stabil pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601626455_Perangbendera.jpg)
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
![Pemilihan Ismail Sabri sebagai calon PM teruskan kestabilan politik - Saravanan Pemilihan Ismail Sabri sebagai calon PM teruskan kestabilan politik - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645531862_TBSARA.jpg)
Pemilihan Ismail Sabri sebagai calon PM teruskan kestabilan politik - Saravanan
Ia satu pengumuman yang cukup baik dan MIC menerima dengan terbuka keputusan UMNO itu.
![Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia - PM Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647779768_IsmailSabri.jpg)
Politik negara stabil, lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.
![PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam negara terkawal - KPN PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam negara terkawal - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628011932_AcrylSani.jpg)
PDRM jamin keselamatan, ketenteraman awam negara terkawal - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara terkawal susulan situasi semasa politik negara.
![LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603622499_AgongKita.jpg)
LAPOR LANGSUNG: Tiada keperluan darurat, berhenti main politik - Titah Agong
YDP Agong Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
![Penyebaran berita palsu boleh gugat keselamatan negara - Lee Lam Thye Penyebaran berita palsu boleh gugat keselamatan negara - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536849873_Leelamthye.jpg)
Penyebaran berita palsu boleh gugat keselamatan negara - Lee Lam Thye
Tindakan menyebarkan berita palsu juga boleh menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.
![Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak ditunda Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61582183784_AmarAbangJohariTu.jpg)
Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak ditunda
Sidang media khas Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ditunda kepada suatu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
![Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435190685_KLSKYLINE.jpg)
Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan
Sebarang perkhabaran mengenai perubahan pemerintahan akan memberi kesan terhadap persekitaran ekonomi semasa.
![1MDB: Hishammuddin harap pemimpin-pemimpin negara tidak jadi mangsa 1MDB: Hishammuddin harap pemimpin-pemimpin negara tidak jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455346006_Hishammuddin.jpg)
1MDB: Hishammuddin harap pemimpin-pemimpin negara tidak jadi mangsa
Beliau bagaimanapun yakin rakyat boleh menilai tujuan dan matlamat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu berkenaan.