KOTA KINABALU: Kemelut politik di Sabah menyaksikan pemimpin parti-parti politik di negeri itu masing-masing menyuarakan pandangan berbeza mengenai kedudukan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Ia bermula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghidu cubaan menyerang Hajiji dan kerajaan negeri Rabu lalu (4 Jan), dengan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan parti itu sedia membuktikan keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri.
Pihak tersebut mula menampakkan diri mereka Jumaat malam (6 Jan) dengan sekutu Hajiji dalam kerajaan negeri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Timbalan Ketua Menteri, mengumumkan keputusan untuk menarik sokongan daripada kerajaan Sabah.
Tindakan BN Sabah menarik sokongan menurut Bung Moktar kerana hilang kepercayaan kepada Hajiji sebagai ketua menteri, selain perjanjian BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 tahun 2020 dilanggar, antaranya dengan Hajiji serta pengikutnya keluar Bersatu yang merupakan komponen PN.
Selain itu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat iaitu Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Wetrom Bahanda (Bandau), dan Datuk Juil Nuatim (Limbahau), percaya Hajiji tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.
Pada Sabtu, Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula menegaskan, semua pihak harus mematuhi undang-undang terutama Perlembagaan Negeri Sabah, dalam menentukan kedudukan ketua menteri dan kerajaan negeri.
Warisan tidak mendesak Hajiji meletak jawatan, sebaliknya ADUN Sulaman itu sendiri perlu faham kedudukannya kini berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah, dan turut mendakwa tindakan Hajiji keluar Bersatu menyebabkannya tidak mengetuai sebuah parti, kerana GRS adalah gabungan parti.
Menyambut serangan itu, Masidi sekali lagi tampil menegaskan GRS mendapat sokongan majoriti lebih daripada cukup daripada ADUN untuk mengekalkan kerajaan negeri, dan tiada merit atas dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tiada hak di sisi undang-undang untuk kekal sebagai ketua menteri.
Lima ADUN BN Sabah pula tampil mempertahankan kedudukan Hajiji sebagai ketua menteri, dengan menolak keputusan BN negeri menarik sokongan itu dan menegaskan ini bukan masa merebut kuasa politik, sebaliknya masa untuk bersatu supaya kerajaan negeri dapat memulih dan memajukan ekonomi, serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
ADUN itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Pembantu Menteri Kewangan negeri Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan negeri Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).
Pakatan Harapan (PH) Sabah juga pada Sabtu menyatakan sokongan kepada Hajiji, selain tidak bersetuju Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan kesemua tujuh ADUN PH Sabah menegaskan sekiranya kemelut itu tidak ditangani segera, ia akan menyaksikan kedudukan DUN tergantung.
Mereka ialah Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang juga ADUN Api-Api, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon (Tanjung Papat), Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).
Hajiji turut mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini pada 4.22 petang Sabtu dipercayai melibatkan situasi politik negeri ini.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Sabah, bagi membincangkan isu politik negeri itu sebaik sahaja pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia.
Ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Sabtu, Anwar berkata beliau telah menghubungi Hajiji dan berpuas hati dengan keadaan semasa di negeri itu, yang dianggap dalam keadaan terkawal.
"Saya juga difahamkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah bercakap dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan keadaan terkawal untuk seketika.
"Kita (kerajaan) akan pastikan keadaan pengurusan kerajaan negeri itu tidak terjejas kerana keutamaan kita ialah menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat. Pastinya selepas saya kembali dari Jakarta saya akan beri perhatian khusus tentang perkembangan di Sabah," katanya.
Pada Ahad, Istana Seri Kinabalu akan terus menjadi tumpuan petugas media bagi melaporkan perkembangan semasa situasi politik Negeri di Bawah Bayu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
![Politik Sabah: Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri terus jadi tumpuan Politik Sabah: Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri terus jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673109440_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Mohd Shafie mendakwa, Hajiji (gambar) hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri Sabah apabila beliau dan barisan ADUN serta pemimpin bertindak keluar daripada Bersatu. - Gambar fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025 Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733386524_BungMoktarRadin.jpg)
Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
![Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731896148_BungMoktarRadinZ.jpg)
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
![Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731893298_BungMoktarRadin.jpg)
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
![Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731816144_TBBung.jpg)
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
![PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731303277_BungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
![PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730595307_TBBungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
![PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726124215_BungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
![PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678432176_TBBungMoktarRadin.jpg)
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
![Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243345_TBRAYUAN.jpg)
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
![Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711975693_BungMoktarRadin.jpg)
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.