KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet Sabah hanya akan diumumkan selepas pertemuan antara Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sekembalinya Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta, Indonesia dari 8 hingga 9 Jan ini.
Sumber dalaman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, senarai ahli Jemaah Menteri baharu kerajaan negeri itu sebenarnya diadakan pada Isnin.
Malah, tambah sumber itu lagi, pada sesi menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin petang Sabtu, Hajiji turut menyembah maklum mengenai senarai barisan kabinet baharu itu.
“Dalam sesi menghadap semalam, Pengerusi (GRS) memaklumkan antaranya dua perkara, iaitu mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan senarai kabinet negeri yang baharu.
“Bagaimanapun, senarai kabinet baharu itu hanya akan diumumkan selepas pertemuan Perdana Menteri dan Hajiji, dijangka Isnin malam.
"Sebab, Anwar ketika ini dalam lawatan kerja ke Indonesia. Balik dari Jakarta terus ke Kota Kinabalu,” katanya kepada Astro AWANI.
Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memaklumkan akan memberi tumpuan khusus kepada isu politik di Sabah sebaik sahaja pulang daripada mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta.
Baca: Politik Sabah: Anwar beri tumpuan khusus selepas pulang dari Jakarta
BACA: Politik Sabah: Hajiji menghadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu
Beliau juga telah berhubung dengan Hajiji susulan kemelut politik negeri itu pada ketika ini.
Manakala, jelas beliau, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah bercakap dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung perkara sama.
Anwar bagaimanapun menyifatkan konflik politik yang melanda negeri itu sebagai masih terkawal.
Hajiji pula petang semalam menghadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu kira-kira sejam selepas dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 4.22 petang.
Pada Jumaat, Hajiji dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan akan berlaku rombakan kabinet negeri yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Politik Sabah mencetus pergolakan selepas Bung Moktar mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri yang dipimpin GRS-BN.
BACA: Bung beri penjelasan isu pergolakan politik Sabah
Keputusan UMNO dan BN Sabah itu dibuat susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dilanggar.
Bung Moktar berkata, BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020, namun, Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.
DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 yang dipilih dan enam dilantik.
Assim Hassan
Sun Jan 08 2023
Anwar (kiri) menerima kunjungan hormat Hajiji di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 27 Nov 2022. - Gambar fail BERNAMA
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
MA63: Tuntutan Sabah demi kesejahteraan negara - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata tuntutan berkenaan adalah berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
ADUN di Sabah memang suka lompat parti untuk dapatkan kuasa - Bung Moktar
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan ADUN di Sabah sememangnya suka melompat parti bagi mendapatkan kuasa atau kedudukan.
Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).
Politik Sabah: Rombakan kabinet selepas Hajiji berjumpa PM?
Pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sekembalinya Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta.