Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah sepanjang tahun 2017.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia meliputi 1.4 peratus bersamaan 67,053 pelajar daripada hampir lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
"Satu daripada elemen yang kita sangat dukacita adalah ada sesetengah tempat ini yang kita kenal pasti sebagai sekolah 'hotspot' (kawasan panas), iaitu sekolah-sekolah yang mempunyai potensi berlaku salah laku disiplin yang tinggi.
"Dalam negara ini, ada beberapa tempat yang mempunyai potensi untuk berlaku.
"Kita mempunyai kerjasama yang baik dgn Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam konteks sebagai pemantau atau moderator dan bukan bererti kehadiran polis itu mereka akan terus tangkap pelajar.
"Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan pengurusan sekolah boleh duduk berbincang untuk mengambil langkah yang sepatutunya dilakukan di sekolah tersebut," katanya semasa menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang ingin tahu tindakan daripada KPM berhubung salah laku disiplin dan jenayah melibatkan pelajar.
Berikut merupakan statistik salah laku disiplin pelajar sepanjang 2017:
Harits Asyraf Hasnan
Wed Mar 21 2018
Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah sepanjang tahun 2017. - BERNAMA/Fail
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Pelajar tidak buat rayuan setelah dibuang sekolah
Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu dikesan tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah.
Ponteng sekolah catat rekod tertinggi salah laku disiplin 2017
Ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi dalam salah laku disiplin pelajar sekolah sepanjang tahun 2017.
Adakah hukuman rotan kaedah terbaik mendisiplinkan pelajar? - Mahdzir
Walau bagaimanapun, beliau berpendapat ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk mendisiplinkan pelajar.