KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Naib Pengerusi NIOSH Manivanan Gowin berkata, lokasi Port Dickson yang amat strategik serta kestabilan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menjadikan bandar pesisir pantai tersebut amat bersesuaian untuk menempatkan pejabat dan pusat latihan baharu NIOSH.
“NIOSH telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk membuka pusat latihan KKP NIOSH di Port Dickson.
"Kita bukan sahaja melihat potensi dalam negara, tetapi ingin menjadikannya hab latihan KKP ekopelancongan terkemuka di rantau ASEAN dan peringkat global,” katanya dalam kenyataan.
Manivanan berkata pelantikannya sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lepas turut memberi peluang kepadanya untuk membantu usaha Kerajaan MADANI, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kemajuan dan kemakmuran ke seluruh negara, selain memastikan kebajikan pekerja sentiasa terbela.
“Saya sendiri telah memaklumkan hasrat NIOSH untuk membuka pusat latihan KKP tersebut kepada Menteri Besar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson serta Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan; Veerapan Suparamaniam,” katanya yang turut serta dalam Majlis Pecah Tanah SPD Tech Valley oleh Datuk Seri Aminuddin di Senawang dan perasmian kilang Tyson Foods Malaysia di Bandar Enstek pada 20 Mei 2024.
Menurut Manivanan, Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini turut mengumumkan cadangan pelaksanaan 59 projek bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson agar menjadi destinasi pelancongan antarabangsa.
Sementara itu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turut menyenaraikan empat produk teras ekopelancongan di negeri itu iaitu Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala, Taman Negeri Kenaboi, hutan lipur dan pendakian gunung.
Bagi menyokong wawasan Kerajaan Negeri Sembilan, Manivanan berkata NIOSH, sebagai agensi penyedia latihan KKP di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah membangunkan modul latihan untuk sektor ekopelancongan yang amat bersesuaian untuk mereka yang terlibat dalam bidang perhotelan, agensi pelancongan, penyelamat (lifeguard), sukan air (water sports) dan sukan lasak (extreme sports).
Pada masa yang sama, anak syarikat agensi itu, NIOSH Certification Sdn Bhd turut menawarkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kembara Pelancongan (Adventure Tourism Safety Management System Certification-ATSMS) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“NIOSH akan turut meningkatkan kerjasama dengan rakan strategiknya di beberapa negara bagi memastikan kursus dan sijil KKP ekopelancongan yang ditawarkannya diterima bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa,” katanya.
Antara organisasi luar negara yang telah menjalinkan kerjasama dengan NIOSH termasuk NIOSH Amerika Syarikat; Finnish Institute of Occupational Health (FIOH); Institution of Occupational Safety and Health UK (IOSH); National Institute of Occupational Safety and Health Japan (JNIOSH) dan Korea Occupational Safety and Health Agency (KOSHA).
Manivanan berkata, inisiatif yang diambil NIOSH juga amat bertepatan dengan persediaan Malaysia untuk mengambil alih kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN dan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan.
“NIOSH yakin kerjasama erat antara negara ASEAN bakal membuka ruang yang lebih luas untuk NIOSH di rantau ini selain meneroka peluang baru di negara yang menjadi rakan strategik ASEAN seperti India dan China serta negara-negara di Eropah Timur dan Asia Barat," katanya.
Kenyataan Media
Tue May 21 2024

Manivanan berkata, lokasi Port Dickson yang strategik serta kestabilan Kerajaan Perpaduan N. Sembilan menjadikan bandar pesisir pantai itu bersesuaian untuk menempatkan pejabat dan pusat latihan baharu NIOSH.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.