Portal penjodohan pekerjaan secara dalam talian JobsMalaysia dan MyFutureJobs akan disatukan bagi memudahkan orang ramai memohon pekerjaan, menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Beliau berkata langkah itu adalah selari dengan pendekatan sistem 'single-window' bagi menghubungkan majikan dan pencari pekerjaan, serta kementerian dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Apabila (individu atau majikan) memohon dengan Perkeso atau berdaftar dengan Perkeso, contohnya Program Insentif Pengambilan Pekerja (Hiring Incentive), Program Subsidi Upah, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), secara automatik ia akan 'synchronise' (selaras) dengan MyfutureJobs.
"Maka tak perlu mohon bantuan dan pekerjaan secara berasingan... sekali gus ini membantu golongan penganggur mencari pekerjaan dengan lebih mudah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa individu yang masih menganggur untuk mendaftar di portal MyFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my), menyertai Karnival PenjanaKerjaya KSM, serta pencari kerja yang memerlukan bantuan agar hadir ke pejabat Tenaga Kerja atau Perkeso di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 18 2020

Langkah gabungan itu membantu golongan penganggur mencari kerja dengan lebih mudah. - Gambar hiasan

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Rakyat digalak penuhi pekerjaan industri perladangan, banyak manfaat menanti
Kebanyakan rakyat tidak menyedari kelebihan yang bakal diperoleh kerana beranggapan ia adalah pekerjaan 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar menerima gaji yang lebih tinggi.

Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021
ADUN Sarawak membangkitkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti peluang pekerjaan dan jawatankuasa untuk atasi kanak-kanak tanpa kad pengenalan.

290,000 pencari kerja di JobsMalaysia - Mahfuz
Seramai 290,898 orang pendaftar aktif pencari kerja dicatat sehingga Oktober lalu di portal popular pasaran kerja, JobsMalaysia

Tidak umum nama Speaker, tidak jejas persidangan - Kula Segaran
Tindakan pihak yang sengaja mensasikan isu tersebut dilihat sebagai bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.