PUTRAJAYA: Penduduk di Bario, Sarawak dan Pangalungan, Sabah kini tidak lagi perlu mengembara sejauh lebih 100 km hanya untuk mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas kerana ia boleh diperolehi di Pos Kawalan Imigresen di kawasan masing-masing.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata Pos Kawalan Imigresen di Pangalungan dan Bario telah mula mengeluarkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas itu kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Menurutnya sebelum ini penduduk di Bario dan Pangalungan terpaksa mengembara melebihi 100km menaiki bot atau kenderaan pacuan 4 roda untuk ke Miri, Sarawak dan Keningau, Sabah untuk mendapatkan dokumen yang hanya berharga RM20 itu.
"Melalui inisiatif ini, Keluarga Malaysia di sana tidak perlu lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit kerana dokumen itu boleh diperolehi di penempatan mereka," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Jabatan Imigresen di sini hari ini.
Sementara itu Khairul berkata konsep 'No Wrong Door Policy' yang diperkenalkan secara projek perintis sejak pertengahan tahun lepas, akan dilaksanakan sepenuhnya secara berperingkat.
'No Wrong Door Policy' bermaksud urusan pembaharuan Pas Lawatan Jangka Panjang seperti pas isteri/suami kepada warganegara dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh diperbaharui di mana-mana Pejabat Imigresen, dan tidak lagi terhad kepada pejabat asal di mana fail dibuka.
Sebagai contoh, katanya Pejabat Imigresen di Jalan Reko, Kajang sebelum ini hanya mengeluarkan pasport tetapi di bawah konsep 'No Wrong Door Policy', pejabat itu kini telah memproses pembaharuan pas-pas jangka panjang berkenaan secara dalam talian.
Khairul Dzaimee dalam pada itu memaklumkan Jabatan Imigresen pada tahun ini telah berjaya membuat kutipan RM1 bilion setakat hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022

Khairul Dzaimee berkata, Pos Kawalan Imigresen di Pangalungan dan Bario telah mula mengeluarkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas itu kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

Jabatan Kesihatan Kelantan tutup lima premis jual makanan didapati kotor di Tumpat
Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan lima premis menjual makanan yang tidak memenuhi tahap kebersihan ditetapkan, ditutup selama 14 hari di sekitar Tumpat, semalam.
Cipta sejarah Malaysia Book of Records
Hada Labo mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai dalam acara demonstrasi penanggalan solekan.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.

Pos Kawalan Imigresen Pangalungan dan Bario keluarkan pas lintas sempadan
Sebelum ini penduduk terpaksa mengembara melebihi 100km menaiki bot atau kenderaan pacuan empat roda untuk mendapatkan dokumen itu.