TAPAH: Seorang posmen maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 82 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur dekat Sungkai di sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Nurazreen Faizal Zul, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laporan kemalangan diterima membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dan pacuan empat roda Toyota Hilux.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di Pejabat Pos Tanjung Malim memandu dari arah Slim River menuju ke Bidor.
"Apabila sampai di tempat kejadian kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan.
"Pada masa sama, Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa," katanya.
Wan Azharuddin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dirujuk ke Hospital Slim River.
"Mangsa bagaimanapun dimaklumkan telah meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam ketika menerima rawatan.
"Dalam kejadian itu, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan.
"Kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan pihak Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 25 2022

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. - Foto Ihsan Bomba Perak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
Mangsa Mohamad Nurazreen Faizal Zul, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.