KUALA LUMPUR: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) di Malaysia Edgard D. Kagan menyatakan keyakinan terhadap pelaburan berterusan firma AS di Malaysia, didorong minat mereka dengan potensi pasaran negara ini dan penyepaduannya dalam rangkaian perdagangan global.
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana oleh syarikat AS di negara ini.
"Kami amat berbangga dengan pelaburan AS di Malaysia yang telah mewujudkan lebih 300,000 pekerjaan," katanya dalam program The Nation terbitan Bernama TV semalam.
Beliau berkata Malaysia telah mendapat manfaat luar biasa daripada perdagangan global dan telah menikmati kemakmuran hasil kerjasamanya dalam perdagangan antarabangsa.
"Antara perkara yang menjadi sangat jelas semasa pandemik adalah timbulnya cabaran dalam bidang contohnya rantaian bekalan apabila perdagangan tradisional kurang diberikan tumpuan," katanya.
Kagan juga menekankan kepentingan penyertaan Malaysia dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) di samping peranan Malaysia dalam membentuk norma dan piawaian perdagangan antarabangsa.
IPEF merangkumi 14 negara dalam rantau Indo-Pasifik, mewakili kira-kira 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.
Kerangka itu diwujudkan di bawah pentadbiran Presiden AS Joe Biden untuk menangani isu ekonomi jangka panjang, membolehkan anggotanya memberi tindak balas serta berada seiring dengan peluang dan cabaran global baharu.
14 negara itu ialah Australia, Brunei, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand, AS dan Vietnam.
Beliau berkata semua negara itu sangat penting dan tidak terhad kepada negara yang menjadi sebahagian daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) iaitu Malaysia, Vietnam, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
"Kita (IPEF) akan berkembang.
"Saya berpendapat dengan menganggotainya, (dapat) membantu membentuk hasil, mencerminkan penglibatan sekian lama Malaysia dalam perdagangan," katanya.
Kagan berkata penglibatan sekian lama Malaysia dalam membantu menetapkan norma yang mentadbir perdagangan antarabangsa memberi isyarat kepada pelabur bahawa Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada penetapan piawaian tertinggi yang mungkin.
"Anda boleh melihat kesannya melalui inisiatif, aliran pelaburan tambahan daripada syarikat AS ke Malaysia sejak IPEF diumumkan," katanya.
Beliau berkata hubungan ekonomi AS-Malaysia adalah kukuh, dengan lebih RM150 bilion nilai pelaburan langsung asing (FDI) sejak 2021.
AS ialah pelabur utama di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Kagan berkata Malaysia telah mendapat manfaat luar biasa daripada perdagangan global dan menikmati kemakmuran hasil kerjasamanya dalam perdagangan antarabangsa. --fotoBERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.

Duta AS lancar projek pemuliharaan Rebana Kercing
Inisiatif memulihara warisan budaya dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini sebagai simbolik ke arah mengukuhkan kerjasama sedia ada melibatkan budaya dan masyarakat dua negara.

Dedikasi Jamaluddin Jarjis bantu perkukuh hubungan Malaysia-Amerika
Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih petang semalam, adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia.