SEREMBAN: Kesemua 154 Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara akan menerima kemudahan 'hotspot' tanpa wayar di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) PPR menjelang 2025 sekali gus matlamat menjadikan Malaysia berdaya huni mampu dicapai.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata untuk peringkat permulaan sebanyak 36 PPR telah dipasang kemudahan Internet berkenaan yang memanfaatkan lebih 150,000 penghuni di kawasan terbabit termasuk Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata pada masa ini sejumlah 80 PPR telah dilengkapi infrastruktur gentian optik, 53 sedang dinaik taraf manakala 21 PPR lagi dalam perancangan untuk dinaik taraf.
"Kita ada bagi peranti tablet untuk pelajar tapi bila mereka nak buat Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) tak dapat kerana capaian Internet terhad, maka tak dapat pendidikan sepatutnya, begitu juga perniagaan yang banyak beralih kepada dalam talian susulan COVID-19, jadi amat tidak adil apabila kediamaan didiami mereka dinafikan akses Internet.
"Internet merupakan utiliti ketiga, dah jadi keperluan dan tiada seorang pun di Malaysia dinafikan daripada menikmatinya. Tiada Internet bermakna tiada kelestarian dalam kehidupan, kita nak warga PPR berada dalam komuniti digital seterusnya mampu menjana pendapatan melalui aplikasi digital," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Jendela PPR dengan kerjasama PR1MA Communications Sdn Bhd dan menyerahkan 20 tablet kepada anak penghuni PPR Senawang di sini hari ini.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata semua projek baharu PPR perlu dilengkapi elemen gentian optik seperti yang telah dilaksanakan di dua PPR di Pulau Langkawi bagi membolehkan penghuninya menikmati kemudahan akses Internet lebih baik.
Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa komited dalam memastikan penyediaan jaringan Internet yang baik bagi meningkatkan kesalinghubungan dan komunikasi digital dalam kalangan penduduk PPR seterusnya membantu memberi nilai tambah dalam konteks Malaysia Berdaya Huni buat Keluarga Malaysia.
Dalam pada itu beliau berkata KPKT juga akan memperkenalkan Indeks Daya Huni Malaysia pada awal tahun depan merangkumi kebenaran merancang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sekali gus menjadikan PPR relevan untuk generasi akan datang.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2022 pada 29 Okt lepas mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi JENDELA PPR dalam memastikan golongan di penempatan itu tidak tersisih daripada dunia pendigitalan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Reezal Merican (dua, kanan) menyantuni Muhamad Eiman Rafiqi Suhaimai, 9, selepas merasmikan program Pelancaran JENDELA@ Projek Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Bersepadu Senawang, hari ini. - Foto BERNAMA

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)

'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.

Pulau Pinang kaji semula had pendapatan syarat permohonan sewa PPR, RSKN
Kerajaan Pulau Pinang kini dalam proses untuk menilai semula had pendapatan syarat permohonan penyewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN).

PPR ditambah baik, sedia perumahan mampu milik lebih kondusif
Kerajaan akan menambah baik Program Perumahan Rakyat (PPR) menerusi pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menyediakan perumahan mampu milik yang lebih kondusif kepada rakyat.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Projek Dapur Digital dilancar, perkasa usahawan PPR di Wilayah Persekutuan
Satu usaha memperkasakan komuniti B40, khususnya ibu tunggal dan golongan belia, melalui inovasi ekonomi digital.

KPKT akan pinda undang-undang, kenakan tindakan lebih ketat kepada pemaju perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda undang-undang berkaitan sektor perumahan dan memastikan tindakan lebih ketat dikenakan terhadap pemaju yang menipu pembeli.

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.

Negara menua: Perlu PPR mesra warga berusia - Pakar
Kebanyakan PPR yang dibina lebih lima dekad lalu, adalah kurang sesuai untuk dihuni terutamanya warga emas.

Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan mencadangkan supaya KPKT dan PBT negeri mewujudkan undang-undang khas bagi menyelesaikan masalah berkaitan penyewaan PPR.