Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.
JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 11 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Setakat ini, paras air di bahagian Kuching menunjukkan penurunan manakala paras air di daerah Kanowit, Sibu, Matu, Sebauh dan Limbang menunjukkan peningkatan.
-- BERNAMA