Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.
"Phee hadir di IPD Timur Laut pada pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayerdi.
Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pagi tadi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk balai berkenaan.
Bernama
Sun Aug 31 2014
![PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61400997508_295x200.jpg)
Phee (gambar) ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hari ini.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
![Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71471514662_KitaSama.jpg)
Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia
Ia merupakan Kempen Derma Darah #KitaSama ketiga dianjurkan Astro sejak 2014.
![#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama #ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439465373_scarednotscared.jpg)
#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama
Tunjukkan komitmen anda terhadap Kempen Derma Darah #KitaSama!
![#KitaSama: Rambut sama hitam dan darah sama merah pekat #KitaSama: Rambut sama hitam dan darah sama merah pekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/41410423903_295x200.jpg)
#KitaSama: Rambut sama hitam dan darah sama merah pekat
Empat sahabat iaitu Norina Affiza, Hasnida Hamid, Nicholas Pillai dan Xavier Chin berkongsi interpretasi mereka tentang #KitaSama.
![Dua anggota PPS mengaku tidak bersalah bergaduh di tempat awam Dua anggota PPS mengaku tidak bersalah bergaduh di tempat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51366124532_295x200.jpg)
Dua anggota PPS mengaku tidak bersalah bergaduh di tempat awam
Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.
![Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51397574790_295x200.jpg)
Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
![Anggota Parlimen Tanjung ditahan bantu siasatan kes PPS Anggota Parlimen Tanjung ditahan bantu siasatan kes PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81409836633_295x200.jpg)
Anggota Parlimen Tanjung ditahan bantu siasatan kes PPS
Polis hari ini menahan Timbalan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Ng Wei Aik bagi membantu siasatan berhubung PPS.
![Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81407659263_295x200.jpg)
Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.
![PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61400997508_295x200.jpg)
PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng
Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu.
![Najib hargai kehadiran rakyat sambut Hari Kemerdekaan Najib hargai kehadiran rakyat sambut Hari Kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51409471626_295x200.jpg)
Najib hargai kehadiran rakyat sambut Hari Kemerdekaan
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini.
![Polis tahan anggota PPS yang engkar amaran Polis tahan anggota PPS yang engkar amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376810450_295x200.jpg)
Polis tahan anggota PPS yang engkar amaran
Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram.