KUALA LUMPUR: Banjir di Terengganu telah pulih sepenuhnya, jumlah mangsa banjir di Pahang terus menurun manakala Kedah dan Johor tidak berubah setakat 8 malam ini.
Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan malam ini memaklumkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor yang menempatkan 18 mangsa banjir di daerah Kemaman ditutup 10 pagi tadi dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang.
Di PAHANG, banjir di Kuantan semakin pulih apabila hanya empat PPS masih beroperasi malam ini menempatkan 220 orang daripada 62 keluarga berbanding 13 PPS pada tengah hari tadi.
Sementara itu, Sekretariat JPBN melaporkan satu PPS dibuka di Jerantut iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) petang ini, atas faktor keselamatan ekoran kenaikan paras air Sungai Tekam dan Sungai Siam.
"Paras sungai meningkat disebabkan kenaikan air dari hulu sungai ekoran hujan lebat semalam dan penduduk berhampiran sungai dipindahkan lebih awal kerana dibimbangi paras air naik mendadak pada malam ini," menurut sekretariat itu.
Pemindahan itu melibatkan 12 individu daripada lima keluarga termasuk dua ibu yang sedang berpantang.
Di KEDAH, seramai 18 orang daripada enam keluarga di daerah Kulim masih ditempatkan di satu PPS malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata kesemua mangsa yang merupakan penduduk Kampung Padang Limau ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama Madrasah Insaniah Jangkang.
"Jumlah mangsa banjir di PPS masih sama seperti petang tadi dan belum diketahui lagi bila mereka boleh pulang ke rumah kerana tebing Sungai Kob yang runtuh akibat banjir masih belum siap dibaiki sepenuhnya," katanya dalam kenyataan.
Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal 26 orang daripada sembilan keluarga yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Cuaca di Segamat ketika ini adalah hujan dan Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.9 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

JPBN Johor memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal 26 orang daripada sembilan keluarga yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat. - Gambar fail

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.