KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa dipercayai menjadi 'kecoh' hari ini berikutan kekurangan fasiliti untuk memastikan kelancaran operasi di pusat tersebut.
Tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai yang tiba di PPV terbabit tidak diberi maklumat yang sewajarnya termasuk berdepan dengan masa menunggu hampir satu jam daripada waktu janji temu yang diberikan.
Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI turut mendapati PPV yang berkapasiti memberi suntikan purata 1,600 itu hanya menyediakan dua buah khemah menunggu.
Selain itu faktor kekurangan tempat meletak kereta dan laluan yang sempit, antara faktor lain yang mencetus kesesakan di PPV yang menjadi pusat vaksinasi kepada golongan emas bagi fasa kedua itu adalah apabila kebanyakkan daripada mereka membawa seorang peneman.
Pun begitu, keadaan di dalam stadium itu bagaimanapun terkawal dengan pematuhan penjarakan fizikal.
Seperkara yang mungkin merumitkan adalah posisi kerusi seperti di stadium yang menyukarkan penerima vaksin yang kebanyakkannya adalah warga emas serta berkerusi roda untuk naik dan duduk.
BACA SEMUA BERHUBUNG VAKSIN COVID-19 DI SINI
Ekoran itu, petugas PPV itu terpaksa mengatur sebilangan kerusi di perkarangan stadium yang juga 'memakan' ruang stadium terbabit.
Seorang petugas yang enggan mendedahkan namanya mengakui mereka berdepan dengan masalah kekurangan petugas yang menyukarkan perjalanan PPV itu.
"Kita kena faham, ini PPV dos kedua Pfizer melibatkan warga emas dan sesi konsultasi akan mengambil sedikit masa berbanding golongan muda. Saya faham petugas di luar stadium juga kurang. Ini (bilangan) yang kami dapat," katanya di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan di sini memohon maaf kepada mereka yang terkesan dan akan menambah baik perkhidmatan.
Justeru kata kenyataan itu, akan menambah bilangan khemah menunggu empat unit yang mampu memuatkan 500 kerusi secepat mungkin.
"Kesesakan itu terjadi kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut yang agak kecil selain bilangan khemah dan kerusi di ruang menunggu bagi mendapatkan vaksin juga agak terhad," katanya.
Katanya, keadaan itu bertambah buruk apabila hujan dan kenderaan yang menghantar para penerima vaksin tersebut berebut menghentikan kenderaan mereka berdekatan dengan pintu masuk.
Umavathi Ramayah
Mon May 17 2021
Tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai yang tiba di PPV terbabit tidak diberi maklumat yang sewajarnya termasuk berdepan dengan masa menunggu hampir satu jam daripada waktu janji temu yang diberikan. - fotoBERNAMA
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.
CITF tamat operasi 1 November, serah mandat imunisasi COVID-19 sepenuhnya kepada KKM
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 atau COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini.
Hanya 5 PPV di Lembah Klang sedia suntikan secara 'walk-in' bermula esok
Perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in kini dihadkan kepada lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang bermula 16 hingga 30 September ini.
CITF laksana pengharmonian data untuk kemas kini data penerima vaksin - Dr Adham
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) akan melaksanakan pengharmonian data bagi memastikan data penduduk yang sudah divaksin di seluruh negara adalah tepat dan terkini.
Penglibatan GP dipertimbang di masa hadapan, jamin kesinambungan PICK - CITF
Keperluan untuk mengurangkan jumlah PPV di Lembah Klang wujud selepas Operasi Lonjakan Kapasiti selesai dilaksanakan.
Vaksin COVID-19: Suntikan di rumah untuk golongan rentan
Inisiatif yang dilaksanakan sejak seminggu lalu adalah dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di daerah tersebut.
Perlis ke arah Fasa 4 PPN
Perlis mampu mencapai Fasa Keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh 10 hari.
Guru, AKP dan pekerja sokongan diminta segera dapatkan suntikan vaksin melalui inisiatif 'walk-in'
Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini berikutan keputusan CITF memperluas inisiatif pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' ke seluruh negara.
2,000 petugas barisan hadapan pelancongan Perak belum terima vaksin
Pihaknya telah membuat permohonan kepada CITF dan menunggu kelulusan agar suntikan vaksin dapat diberikan kepada kesemua petugas barisan hadapan industri pelancongan negeri ini.
Pemberian vaksin secara 'walk-in' lancar, kecuali di Serendah - Khairy
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Serendah menghadapi kekurangan bekalan susulan kehadiran penerima yang ramai.