KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini melancarkan kempen pembayaran zakat pendapatan melalui Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan membayar zakat.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata kempen yang bermula bulan ini hingga Disember itu juga bertujuan menarik lebih ramai petugas swasta dan kerajaan khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat secara bulanan melalui potongan gaji.
Beliau berkata kempen itu terbuka kepada semua pembayar zakat sama ada pembayar baharu atau yang berhasrat menambah jumlah potongan zakat, dan pihaknya menganggarkan setakat ini 30 peratus penduduk di Wialyah Persekutuan yang layak menunaikan zakat masih belum menunaikan tanggungjawab mereka.
"Manusia sentiasa alpa. Melalui kempen berterusan ini ia akan dapat memberi kesedaran kepada mereka, kini adalah masa yang sesuai untuk kita yang masih mempunyai pendapatan untuk tampil membantu mereka yang kurang bernasib baik.
"Jika kutipan zakat meningkat maka lebih ramai asnaf dapat disantuni," katanya dalam sidang media secara maya selepas melancarkan kempen Skim PZB secara dalam talian hari ini.
Abdul Hakim berkata PPZ menetapkan sasaran kutipan RM800 juta pada tahun ini dan daripada jumlah itu RM6 juta disasar dikutip daripada 5,500 pembayar zakat melalui PZB.
Sementara itu beliau berkata PPZ dengan kerjasama MAIWP telah menyalurkan bantuan kira-kira RM40 juta kepada 77,210 penerima di bawah Program MAIWP Prihatin-Kasih Asnaf 3.0.
"Agihan ini di luar bantuan bulanan yang biasa kami berikan. Kami juga berjaya mengagihkan bantuan kepada kira-kira 6,000 keluarga di 19 lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Wilayah Perseketuan sebanyak RM 1 juta," katanya.
Untuk rekod, jumlah penerima bantuan zakat yang terdiri daripada ketua keluarga meningkat 35 peratus daripada 43,353 asnaf pada tahun 2019 kepada 59,419 pada tahun 2020 manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 sahaja, jumlah penerima bantuan zakat ialah sebanyak 47,483 penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021

PPZ-MAIWP melancarkan kempen pembayaran zakat pendapatan melalui Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan membayar zakat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Segera tunai zakat sebelum tahun berakhir, banyak ganjaran menanti
RM1.03 bilion telah diagihkan MAIWP kepada asnaf di Kuala Lumpur tahun ini, namun jumlah kutipan zakat masih sekitar RM969 juta setakat 26 Disember 2024.

Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

PPZ-MAIWP anjur kempen YEZ seru umat Islam tunai zakat sebelum 31 Dis 2024
Bertemakan "Bahagia Memberi", kempen YEZ tahun ini ingin mendidik masyarakat untuk saling memberi dan berkongsi rezeki.

PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.

PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat RM195.5 juta melalui Kempen Ramadan 2024
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat RM195.5 juta melalui Kempen Ramadan 2024.

PPZ-MAIWP lancar kempen YEZ 2023, seru pembayar segerakan zakat
Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengajak orang ramai untuk melaksanakan atau melunaskan kewajipan menunaikan zakat sebelum 31 Dis ini.

Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Kakitangan agensi media tempatan terima sumbangan 'wakalah' PPZ-MAIWP berjumlah RM120,000
Agensi berkenaan adalah Bernama, RTM, TV Alhijrah, IKIM, Media Prima Berhad, Astro, Malaysia Gazette, Star Media Group dan Awesome TV.