KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menafikan mempunyai projek perumahan yang didakwa bermasalah di Cherating, Pahang seperti dilaporkan beberapa portal berita.
PR1MA dalam satu kenyataan menjelaskan, ia tidak mempunyai kaitan dengan projek terbabit, sebaliknya projek yang dimaksudkan itu adalah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Pahang.
"Untuk makluman, Perbadanan PR1MA Malaysia tidak mempunyai projek di Cherating, Pahang seperti yang dinyatakan di beberapa portal berita," kata kenyataan tersebut hari ini.
PR1MA merupakan agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ia dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).
Terdahulu, beberapa media melaporkan kekecewaan pembeli rumah PR1MA di Cherating apabila rumah yang dijanjikan boleh didiami hujung tahun lalu, sehingga kini masih terbengkalai
Mereka mendakwa tempoh pembinaan projek perumahan itu dilanjutkan disebabkan pandemik COVID-19 dan dijadualkan siap pada Ogos depan.
Namun dakwa mereka, perkembangan pembinaannya ketika ini amat perlahan, dengan hanya bahagian lantai bagi empat daripada 108 unit rumah telah disiapkan.
Astro Awani
Mon May 30 2022

PR1MA dalam satu kenyataan berkata, projek yang dimaksudkan adalah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA Pahang).

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PR1MA nafi ada projek di Cherating
PR1MA dalam satu kenyataan berkata, projek yang dimaksudkan adalah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA Pahang).