Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha memuji Malaysia kerana memudah cara proses perdamaian di wilayah selatan negara ini.
"Malaysia selalu memberikan kerjasama yang baik selaku pemudah cara dalam rundingan damai," katanya kepada media dalam satu sidang media di Rumah Kerajaan di sini, pada Jumaat.
Bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim Noor dilantik pada Ogos tahun lepas sebagai fasilitator untuk rundingan damai Selatan Thailand antara Kerajaan Thai dengan Majlis Syura Patani (Mara Patani).
Thailand melantik bekas Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jen Wanlop Rugsanaoh sebagai ketua perunding proses perdamaian Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Okt. Jen Wanlop menggantikan Jen Udomchai Thammasarorath, bekas komander Tentera Darat Wilayah Keempat.
Sementara itu, Prayuth berkata beliau juga berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa kumpulan bertanggungjawab terdiri daripada pelbagai kumpulan pemberontak di wilayah selatan ke meja rundingan.
"Masalahnya sama ada mereka (kumpulan) akan menyertai proses perdamaian atau tidak... ada antara mereka enggan datang dan sebaliknya bertindak ganas. Kami tidak boleh memaksa mereka untuk turut serta," katanya.
Mengenai cadangan supaya dikenakan perintah berkurung di wilayah selatan Thailand selepas serangan satu kumpulan bersenjata pada Selasa yang mengorbankan 15 orang dan mencederakan empat lagi di Wilayah Yala, Prayuth berkata kerajaan tidak akan mengenakan perintah berkurung sekarang tetapi jika perlu, ia akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek bagi tujuan siasatan.
"Perintah berkurung akan dikenakan bagi mengehadkan pergerakan pelaku semasa mereka diburu," katanya.
Prayuth berkata sukarelawan pertahanan, lazimnya orang awam yang dilatih bagi menggunakan senjata ditugaskan melindungi kampung-kampung di wilayah selatan Thailand, masih diperlukan tetapi perlu langkah-langkah penambahbaikan.
Keganasan di empat wilayah selatan Thailand - Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla mengorbankan lebih daripada 7,000 nyawa setakat ini.
Beberapa tahun lepas, Mara Patani mengadakan rundingan damai dengan Kerajaan Thai bagi mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlarutan sejak 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019

Prayuth berkata kerajaan tidak akan mengenakan perintah berkurung sekarang tetapi jika perlu, ia akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek bagi tujuan siasatan. - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Prayuth puji Malaysia kerana memudah cara proses perdamaian di selatan Thailand
Prayuth juga berbincang dengan Dr Mahathir untuk membawa kumpulan bertanggungjawab terdiri daripada pelbagai kumpulan pemberontak di wilayah selatan ke meja rundingan.

Rahim Noor tahu rahsia di Selatan Thailand
Pelantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk proses damai di wilayah selatan Thailand adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan itu.

Itu kisah silam, saya dah pun jalani hukuman - Rahim Noor
Komen Nurul Izzah merupakan bantahan seorang anak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau bebas untuk mengeluarkan apa saja kenyataan, kata Abdul Rahim.

ISA bukan jaminan bendung gerakan militan - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara itu berpendapat gerakan militan akan tetap ada biarpun ISA dikembalikan.