PUBLIC Relations and Communications Association (PRCA) Malaysia mengumumkan pelantikan dua pengamal perhubungan awam dari industri berbeza sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco), buat pertama kali, semenjak penubuhannya pada tahun 1999. Langkah ini merupakan salah satu strategi PRCA Malaysia untuk meluaskan jangkaun dan menggalakkan keahlian dalam kalangan pengamal perhubungan awam dari pelbagai industri. Kedua-dua ahli terbaharu ini membawa pengalaman luas dari industri penyiaran, perbankan dan institusi pengajian tinggi.
Selaras dengan komitmen Persatuan untuk merangkumi semua aspek industri, PRCA Malaysia mengalu-alukan kehadiran Marzura Abdul Malek, Pengarah Program Perhubungan Awam dan Pensyarah Kanan, Pengajian Media dan Komunikasi, Taylor’s University dan Tammy Toh, Ketua Wilayah, Komunikasi Korporat Kumpulan, CIMB. Latar belakang, kepelbagaian pengalaman dan kepakaran mereka dilihat sebagai aset penting dalam usaha PRCA Malaysia meneruskan misi mempromosi kecemerlangan serta mengetengah dan memberi penekanan kepada amalan beretika dan berintegriti.
Menurut Prof Said Bani CM Din, Presiden PRCA Malaysia, "Langkah kami dalam memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai Persatuan penting dan peneraju industri perhubungan awam dan komunikasi. Bersempena ulang tahun ke-25 PRCA Malaysia, pada Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini, kami telah mengubah perlembagaan kami untuk membenarkan pelantikan pengamal perhubungan awam dalam kalangan bukan perunding sebagai ahli Exco. Langkah ini juga menunjukkan dedikasi Persatuan untuk meningkatkan keahlian dalam kalangan pengamal korporat dan akademia. Kami yakin representasi pengamal dari pelbagai sektor akan menyokong objektif kami untuk memacu inisiatif yang lebih berkesan dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada ahli kami. PRCA Malaysia amat berbesar hati dan mengalu-alukan Marzura dan Tammy. Kami pasti mereka dapat membawa perspektif baharu dalam Persatuan."
Mengulas tentang pelantikannya, Tammy Toh berkata, “Saya gembira diberi peluang untuk menyumbang kepada usaha berterusan PRCA Malaysia dalam meningkatkan standard perhubungan awam, membantu dalam pembangunan pengamal perhubungan awam ke arah mencapai tahap profesionalisma membanggakan. Malah, saya yakin dengan usaha berterusan, pendapat yang disuarakan oleh Persatuan ini akan mendapat perhatian sebagai ‘thought leader’ industri perhubungan awam dan komunikasi. Saya berharap dapat membawa manfaat dan memberi sokongan melalui kerjasama dengan rakan-rakan jawatankuasa untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan industri ini.”
Sementara itu, Marzura Abdul Malek berkongsi, “Saya bersyukur dan rendah diri dipilih sebagai wakil akademik pertama yang dilantik sebagai ahli Exco PRCA Malaysia. Pelantikan ini merupakan perubahan besar dan ketara dalam dunia Akademik Perhubungan Awam di Malaysia, dan pengiktirafan kepakaran saya oleh badan profesional terkemuka seperti PRCA Malaysia adalah di luar jangkaan saya. Saya yakin bahawa profesion perhubungan awam ini dapat diketengahkan lagi dan dipertingkatkan di peringkat pengajian tinggi. Pelantikan ini adalah titik permulaan kerjasama bermakna antara akademia dan industri, dalam usaha mempersiapkan graduan kita untuk menjadi pengamal perhubungan awam yang cemerlang.”
Dengan perkembangan terbaharu ini, PRCA Malaysia akan terus memperkukuh usaha advokasinya sebagai ‘thought leader’, menyediakan program latihan yang komprehensif bagi pengamal, memberi penekanan yang lebih kuat terhadap aspek etika dan integriti, serta memupuk kerjasama yang lebih erat antara pelbagai sektor dalam industri perhubungan awam dan komunikasi.
Barisan ahli Exco PRCA Malaysia bagi penggal 2024-2026 adalah Prof. Mohd Said Bani C.M. Din – Presiden (BzBee Consult), Lydia Chia - Naib Presiden (Roots PR), Stefanie Braukmann -Setiausaha Kehormat (Strategic Public Relations), Crystabelle Lau - Bendahari Kehormat (Vox Eureka), Andy See (Perspective PR), David Lian (Zeno Group) dan Yan Lim (iOli Communications).
Kenyataan Media
Fri May 24 2024

Dari kiri, Tammy, Said Bani dan Marzura. - Foto PRCA Malaysia
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza
Langkah memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia kembali dengan lebih gemilang
Anugerah bakal mempamerkan pencapaian trend industri semasa serta pengaruh media digital dan sosial yang berkembang.