KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) bermula 15 Julai sehingga 31 Dis ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancaran inisiatif dengan kerjasama Tourism Malaysia itu bertujuan menarik minat orang ramai khususnya Keluarga Malaysia untuk membuat tempahan bilik penginapan hotel pada harga istimewa sekali gus berpotensi merancakkan aktiviti pelancongan domestik.
Beliau berkata antara pusat penginapan yang terlibat dalam inisiatif itu ialah hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM).
"Lebih 200 hotel di bawah MAH dan MAHO akan menawarkan e-baucar bernilai RM100 dengan nilai pembelian minimum RM150 untuk 19,900 pembeli terawal manakala sebanyak 229 hotel di bawah MyBHA menawarkan e-baucar bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM60 untuk 7,960 pembeli.
"Selain itu, RHSM menawarkan rebat bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM170 (bilik standard) atau RM210 (bilik keluarga) untuk 5,970 pembeli terawal di 19 hotel mereka.
"Tempahan di RHSM boleh dibuat secara jumpa terus, e-mel atau telefon," katanya pada majlis pelancaran PRE2.0 bagi kluster penginapan di sini malam tadi.
Nancy berkata kesemua e-baucar boleh diperoleh semasa membuat tempahan bilik hotel menerusi aplikasi Shopee dengan had penebusan sebanyak tiga kali bagi setiap pemilik MyKad bermula 15 Julai hingga 31 Dis.
Beliau juga berkata kementeriannya melalui Tourism Malaysia telah melancarkan program PRE2.0 pada 17 Mei lepas dengan pemberian tawaran diskaun dan rebat di bawah sektor persatuan agensi pelancongan, pengangkutan darat, taman tema, selam skuba, inap desa serta pengangkutan udara.
Menyentuh isu penetapan mata wang Amerika Syarikat bagi tempahan penginapan hotel pula, Nancy berkata perkara itu diserahkan kepada pemain industri sekali gus berharap perbincangan menyeluruh dapat dilakukan oleh pihak terbabit.
"Kita harapkan mereka berbincang sesama sendiri dari segi implikasinya kerana kita lihat penetapan kadar tempahan menggunakan mata wang itu, persepsi orang mengenai standard industri kita juga berbeza. Ia juga berpotensi menarik minat pekerja tempatan.
"Kita serahkan keputusan itu kepada mereka namun pertimbangkan dahulu semua keputusan kerana kita bimbang jika ada pihak mengatakan kita tidak yakin dengan mata wang negara sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Pelancaran Program Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) Kluster Penginapan di sebuah hotel pada Rabu. - Foto BERNAMA

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

PRE2.0: E-baucar tempahan bilik penginapan manfaatkan lebih 33,000 Keluarga Malaysia
Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0).

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Kempen YEZ bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat.