IPOH: Pusat pelancongan berhampiran zon batu kapur di Perak yang ditutup sebelum ini perlu meningkatkan aspek keselamatan selaras syor ditetapkan Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee berkata syor berkenaan perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan terbabit bagi memastikan perniagaan yang dijalankan itu mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi seperti biasa.
"Semua operator yang telah dilantik sama ada dari pihak kerajaan dan swasta, semuanya perlu mematuhi syor (keselamatan) ditetapkan jawatankuasa itu terlebih dahulu.
"Selepas mereka dapatkan buktikan bahawa mereka sedia untuk melaksanakan atau sedang mempertingkatkan aspek itu maka kita akan melihat pada tempoh yang sesuai untuk membuka mana-mana yang telah ditutup sebelum ini," katanya pada Sidang Media Kayuhan Santai Sempena Sambutan Hari Berbasikal Dunia 2024 di sini, semalam.
Pada 8 April lepas, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun maut ditimpa batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling dekat sini dalam kejadian yang berlaku sekitar 11.30 pagi.
Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad telah mengarahkan jawatankuasa diterajui Pengarah Tanah dan Galian negeri Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip supaya melakukan siasatan menyeluruh selain langkah mitigasi.
Loh berkata meskipun penutupan itu sedikit sebanyak memberi impak kepada pendapatan kerajaan negeri namun langkah itu perlu dilakukan demi memastikan kemalangan jiwa tidak berulang.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 10,000 peserta dijangka menyertai Program Kayuhan Santai sempena Hari Berbasikal Dunia 2024 yang akan berlangsung serentak di enam daerah pada 14 Julai ini.
Menurutnya program itu terbuka kepada semua peringkat umur dan tiada sebarang caj dikenakan kepada peserta.
Program berkenaan akan dilaksanakan di Tambun, Taman Tasik Taiping, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Min di Teluk Intan, Taman Tasek Temoh di Tapah, Jambatan Victoria di Kuala Kangsar dan Marina Island, Manjung.
Katanya mereka yang berminat boleh menghubungi Cycledios Sdn. Bhd. selaku pihak penganjur utama bagi mendapatkan maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Loh berkata meskipun penutupan pusat pelancongan berhampiran zon batu kapur di Perak memberi impak kepada pendapatan kerajaan negeri namun langkah itu perlu dilakukan demi memastikan kemalangan tidak berulang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pusat pelancongan haram di Cameron Highlands diroboh
Anggota MDCH melakukan kerja-kerja meroboh binaan haram dalam satu operasi di sebuah pusat pelancongan di Cameron Highlands pada Isnin.

Bali jadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa - BNN
Badan Narkotik Nasional (BNN) mengeluarkan amaran bahawa Bali telah menjadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa, dibuktikan dengan serbuan ke atas dua makmal haram pada Mei dan Julai 2024.

Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.

Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri
Tourism Johor akan memantau semua projek menambah baik infrastruktur pusat pelancongan menerusi peruntukan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.

Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.

Dua maut akibat belon udara panas terbakar
Kebakaran tercetus menyebabkan seorang wanita dan seorang lelaki melompat keluar dari belon udara itu bagi menyelamatkan diri.

Kebanjiran pengunjung di pusat rekreasi, orang ramai perlu lebih waspada - Bomba
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan mengambil berat langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti di air susulan banyak pusat pelancongan dan rekreasi di Terengganu mula dibanjiri pelancong.

13 kakitangan pusat peranginan di Gunung Jerai berjaya turun
Mereka turun dengan penyeliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas satu lorong di laluan terputus itu dibuka pada 5 petang semalam.

Thailand larang perhimpunan awam di kawasan COVID-19
Perhimpunan awam dilarang di kawasan yang dikawal ketat, yang merekodkan lebih daripada 50 kes dan kawasan terkawal yang mencatatkan lebih daripada 10 kes.

COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup
Semua premis diarah tutup dengan kadar segera selain turut kerja-kerja sanitasi dilaksanakan secara berkala demi menjamin kesejahteraan bersama.