KUALA LUMPUR : Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu sebagai usaha untuk menurunkan harga makanan.
"Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan, terutama yang disewakan kepada peniaga kecil, perlu menurunkan kadar sewa paling minima 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
"'Ini adalah usaha tambahan kerajaan untuk menyambung inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah Datuk Seri Noraini Ahmad yang telah memberikan pengecualian bayaran sewa enam bulan kepada kafe, kantin dan penyedia makanan bermasak di kampus-kampus.
"Lebih 800 pengusaha yang mendapat kemudahan itu dan mereka sukarela menyediakan makanan termasuk pada harga minimum RM3.50 dan terbukti itu boleh dilakukan.
"Maka kita ingin melanjutkan dasar kecaknaan kepada peniaga kecil termasuk di bawah bandar raya, dan kementerian hendaklah menurunkan sewa pada kadar minima 10 ke 20 peratus," katanya semasa sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis.
Beliau pada masa sama menggalakkan mana-mana kementerian memberi pemotongan kadar sewa lebih daripada kadar minimum berkenaan.
"Sebagai contoh Kementerian Wilayah Persekutuan menawarkan 50 peratus potongan kadar sewaan di premis DBKL.
"Tindakan sama juga dilakukan Perbadanan Putrajaya dengan melaksanakan pemotongan sewa di semua medan selera, kiosk, food truck, lot kedai, peniaga, usahawan anak muda kota dan sebagainya.
"Penyewa pasar, pusat penjaja juga diberi penurunan sewa hingga 50 peratus oleh DBKL yang memberikan manfaat lebih 5,000 peniaga sekurang-kurangnya.
"Jadi ia perlu disusuli kementerian lain, selari dengan persetujuan dibuat Jemaah Menteri semalam," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Thu Aug 11 2022

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan yang dipersetujui jemaah menteri itu sebagai usaha untuk menurunkan harga makanan. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.

Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70
Bermakna minyak masak lima kilogram pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70 bermula 8 Ogos ini.