KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ternyata kecewa dengan prestasi hambar dipamerkan skuad kebangsaan pada Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Santander, Sepanyol baru-baru ini.
Mohamad Norza berkata para pemain remaja seolah-olah selesa dengan kemudahan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini, seakan berada dalam dunia sendiri sehingga mengakibatkan mereka gagal menghidu saingan hebat dari negara luar dalam kejohanan itu.
"Secara peribadi, kita ini macam tidak berpijak di bumi nyata dan macam ada sindrom penafian dengan merasakan kita memiliki fasiliti terbaik di BAM namun kita sebenarnya lebih teruk daripada zaman pemain remaja berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil dahulu.
"Pemain dan jurulatih harus mendukung budaya prestasi tinggi di mana kita tak boleh ingat ini adalah tempat makan lima kali, berlatih tanpa ada rasa kebertanggungjawapan kerana kos bukan murah," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM kali ketiga tahun 2022 di sini, hari ini.
Susulan kegagalan di Sepanyol, beliau mengingatkan bahawa para pemain dan jurulatih termasuk Pengarah Pembangunan Remaja Datuk Misbun Sibek agar bermuhasabah diri dalam memastikan mereka sememangnya layak berada di ABM.
Sehubungan itu, beliau telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ABM Michelle Chai dan Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Dr Tim Jones untuk melihat kembali struktur program latihan pemain muda sebelum dibentangkan Jawantankuasa Pengurusan BAM kelak.
Buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi acara perseorangan di kejohanan remaja dunia dan pasukan negara hanya menduduki tempat kesembilan bagi acara berpasukan campuran.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia pulang dengan tangan kosong selepas edisi 2019 di Kazan, Rusia.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia merupakan antara pemain yang pernah memenangi pingat pada Kejohanan Remaja Dunia BWF sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Mohamad Norza berkata pemain remaja seolah-olah selesa dengan kemudahan di ABM dan seakan berada dalam dunia sendiri sehingga gagal menghidu saingan hebat dari negara luar. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.