JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Beliau berkata Kabinet Maju Indonesia masih meneruskan kerja seperti biasa.
"Setiap hari kita ada mesyuarat terhad dan dalaman dengan semua menteri atau sebahagian menteri," katanya dipetik agensi berita Antara selepas sambutan ulang tahun ke-78 Muslimat Nahdlatul Ulama di sini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi menjelaskan bahawa perkara seperti itu sengaja ditimbulkan di tengah musim kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024 pada 14 Feb.
Pakar ekonomi kanan INDEF Faisal Basri di forum politik dan ekonomi Sabtu lalu menyatakan seramai 15 menteri dari dalam kalangan teknokrat dan di luar parti politik berpotensi mengundurkan diri.
Beliau menganggap presiden terlalu memihak kepada pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka. Gibran merupakan anak sulung Jokowi.
Mengulas ringkas perkara itu kepada media, Sri Mulyani yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat dipengerusikan Jokowi pada Jumaat, berkata: "Ini saya kerja. Saya kerja."
Sementara itu, isu "pemecatan" atau 'impeachment' terhadap Jokowi menjadi antara topik yang hangat diperdebatkan di forum politik dan media ketika ini.
Sejumlah tokoh masyarakat bergabung dalam sebuah gerakan, Petisi 100 bertemu dengan Menteri Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD pada 9 Januari meminta agar Mahfud memecat Jokowi.
Di PEMILU 2024, rakyat Indonesia meraikan pesta demokrasi dengan memilih pemimpin seterusnya menggantikan Jokowi yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
![Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679834452_jokowiindonesia.jpg)
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati. - Gambar fail/Youtube/Sekretariat Presiden
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Prabowo seru media supaya punyai integriti sempena Hari Pers Nasional Indonesia ke-79 Prabowo seru media supaya punyai integriti sempena Hari Pers Nasional Indonesia ke-79](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737933264_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo seru media supaya punyai integriti sempena Hari Pers Nasional Indonesia ke-79
Prabowo mengakui cabaran yang dihadapi industri media, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
![Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725723326_PrabowoSubianto.jpg)
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025 Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan menterinya untuk menghentikan import beras, garam, gula dan jagung pada 2025.
![Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran
Beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan 'mark up', termasuk program pendigitalan untuk perolehan.
!['Hina' penjual air teh: Prabowo sokong peletakan jawatan Gus Miftah 'Hina' penjual air teh: Prabowo sokong peletakan jawatan Gus Miftah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733553770_Gusmiftah.jpg)
'Hina' penjual air teh: Prabowo sokong peletakan jawatan Gus Miftah
Prabowo Subianto menyokong keputusan Gus Miftah untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden bagi Kerukunan Beragama dan Pembinaan Kemudahan Keagamaan.
![Presiden Indonesia ucap tahniah kepada Trump atas kemenangan dalam pilihan raya Presiden Indonesia ucap tahniah kepada Trump atas kemenangan dalam pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730929446_PrabowoSubianto.jpg)
Presiden Indonesia ucap tahniah kepada Trump atas kemenangan dalam pilihan raya
Prabowo Subianto mengucapkan "tahniah setulus hati" kepada Trump dan menekankan hubungan kukuh dan strategik antara Indonesia dan AS.
![Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729582123_PrabowoHanZheng.jpg)
Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
![Presiden baharu Indonesia Prabowo pilih SUV buatan tempatan sebagai kenderaan rasmi Presiden baharu Indonesia Prabowo pilih SUV buatan tempatan sebagai kenderaan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729433531_MVGarudaMaungGa.jpg)
Presiden baharu Indonesia Prabowo pilih SUV buatan tempatan sebagai kenderaan rasmi
Prabowo menaiki MV3 Garuda atau Maung Garuda berwarna putih selepas upacara angkat sumpah di Kompleks Parlimen Senayan.
![Malaysia terus jadi rakan strategik Indonesia, tingkat persahabatan - PM Anwar Malaysia terus jadi rakan strategik Indonesia, tingkat persahabatan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729424107_AnwarIbrahimPrab.jpg)
Malaysia terus jadi rakan strategik Indonesia, tingkat persahabatan - PM Anwar
Anwar melahirkan keyakinan pelantikan Prabowo akan sama-sama membangunkan kerukunan dengan Malaysia dan mengangkat martabat rantau ini.
![Mohamad ucap tahniah kepada Presiden Prabowo Mohamad ucap tahniah kepada Presiden Prabowo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729422327_Prabowo.jpg)
Mohamad ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.