NEW YORK: Presiden Iran Ebrahim Raisi mempertahankan program nuklear negara itu pada Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Senjata nuklear tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Republik Islam Iran," kata Raisi dalam ucapannya kepada PBB.
Sekatan antarabangsa tidak menghalang negara itu daripada maju, tambahnya.
Pada 2015, Tehran menandatangani perjanjian nuklear untuk menyekat pengayaan uranium secara drastik dan membenarkan pemeriksaan ketat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Langkah itu bertujuan untuk menyekat senjata nuklear di negara itu.
Selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 di bawah presiden ketika itu Donald Trump, Tehran mula memperkayakan uranium hampir mencapai ketulenan gred senjata dan menyekat pemeriksaan IAEA.
Pada Sabtu, Tehran memaklumkan kepada IAEA bahawa ia telah melucutkan akreditasi pakar utama mereka untuk memeriksa senjata nuklear negara itu.
Langkah itu susulan pengumuman Jerman, Perancis dan Britain pada Khamis bahawa mereka tidak akan menarik balik sekatan sedia ada terhadap Iran berhubung program nuklearnya.
Rundingan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015 tidak mencapai kemajuan yang ketara selama lebih daripada setahun.
Pada Isnin, AS dan Iran melakukan pertukaran tahanan yang telah disediakan selama berbulan-bulan dan, menurut pemerhati boleh membuka laluan kepada pusingan baharu rundingan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Presiden Iran Ebrahim Raisi berkata, sekatan antarabangsa tidak menghalang negara itu daripada maju dalam program nuklearnya. - Gambar/ AP
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.

Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.

IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.

Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.