KUALA LUMPUR: Arena sepak takraw dunia hari ini menerima perkhabaran duka susulan pemergian Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Charouck Arirachakaran, yang meninggal dunia di kediamannya di Bangkok, hari ini.
Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 91 tahun pada kira-kira jam 4 petang tadi (waktu tempatan) akibat sakit tua.
"Beliau merupakan seorang yang gigih dalam menubuhkan ISTAF dan akhirnya melancarkannya pada 1992. Kami bersama-sama dalam jawatankuasa mengelola ISTAF dan jasa beliau akan sentiasa diingati.
"Beliau adalah seorang pemimpin berwawasan, penyokong gigih untuk sukan itu dan penggerak di sebalik perkembangan sukan itu di peringkat antarabangsa. Pemergiannya amat dirasai di seluruh dunia sepak takraw," katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain sebagai Presiden ISTAF, Charouck, yang dilahirkan pada 9 Dis 1932, juga menerajui Persatuan Sepaktakraw Thailand (TAT) bermula 1987 selain menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) sejak 1995.
Charouck menerajui ISTAF sejak penubuhannya pada Mac 1992 di Bangkok manakala sebagai Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) bermula 15 Dis 1985.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

Charouck menerajui ISTAF sejak penubuhannya pada Mac 1992 di Bangkok manakala sebagai Presiden ASTAF bermula 15 Dis 1985. - Gambar Olympic Council of Asia

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Presiden ISTAF, Charouck meninggal dunia
Arena sepak takraw dunia hari ini menerima perkhabaran duka susulan pemergian Presiden ISTAF, Charouck Arirachakaran, yang meninggal dunia di kediamannya di Bangkok, hari ini.